AKSESORI DALAM SOLAT- SIRI 3

Setelah kita istiqamah dalam amalan wuduk, perjalanan dari rumah ke masjid, maka, tambahan aksesori apabila melangkah ke dalam masjid. Kita boleh sahaja memasuki masjid tanpa sebarang halangan. Namun, jika tambah aksesorinya sudah pasti kita akan  pahala, ibadat kita lebih sempurna dan kita juga akan mendapat fadhilatnya sama  ada di dunia atau akhirat. Aksesori pertama ialah seeloknya berwuduk di rumah kemudian ke masjid. Langkah masuk ke dalam masjid dengan langkahan kaki kanan serta diiringi dengan doa memasuki masjid. Lengkapkan aksesori seterusnya dengan mendirikan solat Tahayattul masjid serta lafaz serta niat iktikaf. Apabila selesai beribadat,  maka keluarlah dari masjid dengan langkahan kaki kiri dengan diiringi dengan doa keluar masjid. Laksanakan sehingga istiqamah dan akhirnya anda akan selalu ke masjid untuk berjamaah dan pada masa yang sama mengilapkan lagi aksesorinya.

 

GREEN HOTEL PUCHONG, SELANGOR

Leave a Reply