AKSESORI DALAM SOLAT – SIRI 4

Siri 2 ada menyatakan aksesori yang mampu di laksanakan tanpa perlu menghafal( menghafal doa atau sesuatu bacaan merupakan suatu kepayahan kepada banyak orang)namun ada aksesori yang boleh dilaksana tanpa sebarang bacaan sementara kita menghafal doa secara berdikit iaitu memulakan langkah kanan ke masjid, memasuki masjid dengan langkah kanan dan keluar dari masjid dengan langkah kiri. Di samping itu cuba berada di saf yang pertama, ini bermakna kita perlu awal sedikit dari kebiasaan kita ke rumah Allah. Nah! itukan aksesori yang mampu kita laksana tanpa hafalan dan ganjaranya juga amat besar. Teruskan tambah aksesori yang mampu kita lakukan dengan bersalaman dengan jemaah kiri dan kanan kita.Menghubung silaturrahim kan berpahala dan amat mudah hanya dengan bersalam dan senyum. Penambahan aksesori di atas pasti boleh kita lakukan.

Catatan dari rumahku di PCB KELANTAN.

Leave a Reply