AKSESORI DALAM SOLAT -SIRI 2

Apabila kita telah berjaya melaksanakan aksesori semasa berwuduk dengan ditambah lagi perbuatan lain dari sumber yang sahih. Maka, kita sedia maklum solat fardu yang diwajidkan perlu kepada aksesori seterusnya itu berjamaah di masjid atau surau. Sebagai yang telah kita maklumkan bahawa satu langkah kita melangkah ke masjid dikira sebagai ibadat. Apa kata kita tambah aksesosi semasa kita melangkah ke masjid dengan aksesori yang mampu dilaksana oleh sesiapa sahaja jika kita menyedarinya dalam hati kita. Mulakan langkah kanan apabila keluar dari rumah disertai dengan doa keluar rumah. Dengan perbuatan dan doa ini kita pasti mendapat pahala di samping mendapat perlindungan dari Allah S.W.T. Walaupun apa yang terjadi dalam perjalanan sudah pasti perbuatan dan niat kita yang ikhlas tadi akan mengakhiri dengan husnukhatimah. Semua orang beriman inginkan penyudahan yang baik. Setelah itu. bacalah doa perjalanan ke masjid yang mana doa supaya diberi cahaya(nur) kepada setiap anggota badan dan perbuatan kita (rujuk bacaan doa ke masjid). Kalau tidak mampu mengamalkan serentak, maca baca satu persatu sehingga lancar dan istiqamah. Contohnya dalam seminggu atau sebulan (mana yang  mampu)baca bacaan “Allahumaja’alni fi qalbi nura” kemudian apabila sudah lancar dan istiqamah maka pada minggu atau bulan seterusnya sambung bacaan dengan “wafi basori nura” dan seterus sehingga hafal semuanya. laksanakan secara istiqamah biar memakan masa yang lama tapi terus tamabah aksesori doa tersebut. Pada kebiasaan paling lambat kita akan lancar dalam masa sebulan, sila cuba. Apabila ini menjadi amalan selama 40 hari sudah pasti kita tidak mahu meninggalkannya malah tercari bacaan tambahannya. Wallahu’allam.

 

Leave a Reply