AKSESORI DALAM SOLAT – SIRI. 1

Melaksanakan perkara yang disunatkan semasa berwuduk. Sebagaimana kita sedia maklum, wuduk sah apabila kita melaksanakan segala-segala rukunnya, namun wuduk kita akan lebih berpahala dan cantik sekiranya kita lengkapkan WUDUK kita dengan beberapa aksesori seperti membasuh, menyapu atau melaksanakan amalan tambahan seperti berkumur, memastikan air ke dalam hiding, menyapu telinga, leher,dan di anatara aksesori yang boleh kita segera laksanakan ialah menggosok gigi atau bersugi dan melaksanakannya sebanyak tiga kali serta berjimat dalam penggunaan  air dan elak berwuduk di dalam tandas atau tempat kotor dan sebolehnya berwuduk di rumah sebelum ke masjid. Laksanakan secara istiqamah supaya kita merasa kenikmatannya. Selain aksesori fizikal, kita juga boleh menambah aksesori hati seperti membaca doa pada setiap anggota yang kita sapu atau basuh. Doa sebelum dan selepas berwuduk juga besar fadhilatnya dan solat sunat wuduk  jarang orang laksanakan secara istiqamah. Laksanakanlah aksesori ini sebagai permulaan untuk penambahan aksesori seterusnya.

Leave a Reply