AKSESORI DALAM SOLAT 8( Sambungan aksesori solat 7 (Jun 2012)

Mendirikan solat sunat rawatib iaitu solat sebelum dan selepas solat fardu. Solau sunat ini ada yang muakad(sangat dituntut dilaksanakan ) dan bukan muakad(digalakkan dilaksanakan). Solat sunat ini besar fadhilatnya iaitu dapat menampung sebarang kekurangan dalam solat fardu kita. Di samping itu fadhilat sunat sebelum solat fardu Subuh ialah satu dunia dan seisinya. Manakala jika kita berjaya melaksanakan sunat rawatib sebanyak 12 rekaah maka Allah akan bina sebuah mahligai di syurgaNya yang luasnya hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI. 12 REKAAT ( 2+2 SEBELUM ZOHOR)+ 2 SELEPAS ZOHOR + 2 SELEPAS MAGHRIB+ 2 SELEPAS ISYAK DAN + 2 SEBELUM SUBUH). Jika pada permulaan terasa agak berat, maka laksanakan solat rawatib yang muakad(boleh rujuk buku berkaitan) secara satu persatu hingga istiqamah. Pada kebiasaan ramai yang rajin mendirikan solat rawatib selepas masghrib dan isyak berbanding pada waktu lain. Jadi hal membolehkah kita meneruskan amalan tersebut, NAMUN yang paling utama ialah memastikan amalan ini dilaksanakan secara istiqamah kerana kebanyakkannya melaksanakan berdasarkan “mood”. Untuk solat sunat rawatib lain selain sunat sebelum subuh mungkin alasannnya sibuk, tidak mengapa amalan yang mampu kita laksanakan secara istiqamah dan dapat sebuah mahligai sekurang-kurang sebuah dalam seminggu.

Leave a Reply