Akedemi ramadhan yang gagal

Marilah kita limpahkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan menyedut udaranya yang segar, dapat menyempurnaan kiamulai ringkas dan bersolat subuh berjemaah walaupun hanya imam dan seorang makmum sahaja. Begitulah fenomena umum selepas sebulan berada di akedemi ramadhan almubarak. Melihat kepada 10 malam terakhir Ramadhan adalah seperti dijangka, bahawa ramai yang tersungkur tewas dengan hawa nafsu. Kita lihat pada 10 malam awal Ramadhan graf keinginan melaksanakan ibadah dengan keazaman perubahan diri  melonjak agak luar daripada kebiasaan. Sayangnya dek amalan sekadar ikutan, kebiasaan dan lumrah tanpa dilengkapi dengan ilmu, maka inilah hasilnya. Apabila beribadah tanpa ilmu maka akhirnya nafsu menguasai diri. Walaupun pada hakikatnya syaitan diikat, tetapi bagi yang nafsunya mengatasi keyakinan hanya dengan keryitan mata syaitan yang terikat kita akan tersungkur. Perkara yang jelas ialah bahawa ibadah puasa dan solat kita masih rendah tahap kualitinya. Sekadar dapat lapar dan dahaga. solat kita sekadar dapat penat dan lelah sahaja. Seandainya puasa dan solat kita mabrur, sudah tentu amalan kita konsisten dan tidak terhad kepada hari atau bulan tertentu. Solat berjemaah bukan sekadar bulan puasa sahaja, bukan sekadar masa terlapang sahaja, bukan sekadar kebetulan berurusan berhampiran masjid sahaja, bukan sekadar mengikut kawan sahaja, bukan  dan bukan sekadar-sekadar sahaja. Masih belum terlewat lagi dengan sisa nafas yang Allah kurniakan untuk kita bermuhasabah dan membaiki diri menjadi hamba yang bertaqwa. Cara carilah ilmu melalui sumber yang muktabar untuk memperbaiki solat berkatan 13 rukun, tajwid bacaan, perkara yang membatalkan solat, perkara-perkara yang sunat yang melengkapkan solat ita serta khusyuk, cari dan tambahlah. Amalan-amalah yang sebahagian besar adalah untuk hambaNya kecuali puasa adalah khas untuk Allah. Apakah persembahan kita 30 hari puasa itu adalah terbaik, tersempurna dan paling cemerlang. Diri kita yang dapat menilai kualiti yang ingin kita sampaikan kepada Rabbuljalil. wallahhu’alam.

Leave a Reply