AGUNGNYA RAMADHAN

Assalamualaikum,

Anda pernah sembahyang terawih? Bagi seorang Muslim, soalan itu sepatutnya tidak perlu ditanya. Poin yang hendak saya ketengahkan ialah teringatkah anda bahawa solat terawih ini dilakukan selepas solat isya?Berapa rakaat anda solat terawih? 20 +3?atau 8+3, atau 10+3 atau apa apa apa rakaat yang tersanggup oleh anda. Katakan anda solat terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat.
Biasanya orang yang hendak atau ternanti nanti untuk solat terawih ialah mereka yang berpuasa pada siang hari, dan malam solat sunat terawih pula. Kalau anda berpuasa pada siang hari tadi, bukankan pada waktu malamnya anda telah letih dan kepenatan, mata pun cepat sahaja jadi mengantuk? Tetapi kenapa anda mampu solat terawih?
Saya tekankan tadi solat terawih dilakukan selepas solat isya’, sekarang saya tanya anda, diluar bulan puasa, selepas solat isya, berapa rakaatkah anda solat sunat? 2? 4? 6? Yang paling senang sekali saya tanya, saya jawab. Kebanyakan orang yang solat isya’ dibulan bulan luar daripada bulan ramadhan akan mengiringi solat fardhu tersebut dengan 2 rakaat solat sunat. Kalau ada yang buat solat witir, tambah lagi 1 atau 3. Itu maksimanya. Tetapi kebanyakan orang solat sunat hanya 2 rakaat selepas solat isya’.
Bayangkan, dalam keadaan anda segar bugar, anda hanya mampu untuk solat sunat 2 rakaat sahaja selepas solat isya’, sedangkan dalam bulan ramadhan, dalam keadaan anda letih letak, lemah longlai sepanjang hari, dan apabila sampai waktu isya rasa mengantuk mula sampai pula, anda mampu solat selepas solat isya sebanyak 23 rakaat lagi. Kalau campur solat ba’diah isya menjadi 25 rakaat. Tidakkah itu pelik? Dalam keadaan kita segar bugar hanya mampu solat sunat 2 rakaat sahaja, sedangkan dalam keadaan kita letihdan mengantuk, kita mampu untuk solat sebanyak 25 rakaat?
Hebatkan?Siapa yang hebat? Adakah anda yang mampu solat sunat selepas solat fardhu isya sebanyak 25 rakaat itu hebat? Kalau anda hebat tentulah diluar bulan ramadhan, diwaktu anda tidak berpuasa dan segar bugar anda sepatutnya mampu solat sunat selepas fardhu isya sebanyak 50 rakaat. Tetapi kenapa 2 sahaja?
Jawapanya bukan kita yang hebat. Tetapi ramadhan lah yang hebat. Dia membolehkan kita beribadat sedemikian. Begitulah agungnya Ramadhan. Allahu Akbar.

Leave a Reply