ADUHAI MURIDKU!

Berbicara dengan muridku, bukan masalah untuk melengkapkan aksesori dalam solat tapi masalah solat itu sendiri! Apabila ditanya tentang solat fardu Subuh, hanya 1 orang daripada 60 orang solat fardu Subuh! Dakwahku hanya menekan kewajipan solat, apabila dalam keadaan selesa pun mereka meninggalkan solat! Apatah lagi masa sibuk, dalam perjalanan, dalam majlis, masa sakit, dan banyak lagi masa yang tidak selesa? Apajadi dengan solat di dalam situasi tidak selesa tersebut?  Peranan siapa? sampai keadaan begitu kritikal. Seolah-olah tiada lagi hari pembalasan! Hamba yang bersolat tanpa mangkir dan selengkapnya, masih banyak soaljawab tentang solatnya, bagaimana dengan langsung tidak solat. Kita nampak banyaknya program keagamaan di media cetak dan elektonik , namun sampaikah sasarannya. Sememang mereka yang mengikuti program di media sebahagian besar memang pengamal suruhanNya, hanya sebagai motivasi untuk lebih rajin melaksanakan ibadat atau sebagai nilai tambah bagi golongan ini. Namun, bagi mereka yang tidak rajin untuk mengambil perhatian dengan program tersebut, bagaimana? Kadang-kadang mereka ingin laksanakan sebagaimana yang disyorkan oleh ahli penal, namun bagaimana ingin lakasanakan, atau betulkan amalan yang mereka amalkan selama ini. Betulkah bacaan-bacaan dalam solat, atau bagai mengamal bacaan atau  zikir yang disyorkan jika tiada yang secara bertalaki! Pendakwa dan ahli agama yang diiktiraf perlu turun ke bawah.

Amat malang kita lihat banyak pertubuhan dakwah, namun yang kita lihat kebanyakan asyik berseminar, bermesyuarat, tapi hanya di kalangan pimpinan sahaja. Mereka tinggal di hotel selesa, dan terbang ke sana sini dengan kapal udara, berbaju koporat , batik dan berpakaian yang hebat-hebat! muslim di lokasi tersu dengan amalan yang masih ke belakang!

Leave a Reply