Ada Rasa Selepas Ia Tiada ?

Ada Rasa Selepas Ia Tiada ?
Posted on Saturday, February 25 @ 22:00:00 PST

Tazkirah Oleh: fairuzhafeez

““Jangan menangis sayang, atas yang telah hilang, kau kecundang”

Bila-bila masa, kita akan kehilangan sesuatu yang kita sayang. Sesuatu yang kita temui saban waktu, sesuatu yang menemani kita kala sedih, sesuatu yang memberikan kita semangat – akhirnya pergi meninggalkan kita.

Kita sering terlupa untuk menghargai “sesuatu” itu ketika ia masih ada. Kita anggap kehadirannya tidak ubah seperti kehadiran yang biasa dan alami. Lupakah kita, itulah takdir dan jodoh pertemuan kita. Apabila kita bertemu dengan ‘sesuatu’ yang kita sayang, Tuhan telah menetapkan begitu. Ada sesuatu rahmat yang tersirat yang sukar kita mengertikan kerana itu, kita tidak menyayanginya dengan sepenuh jiwa.

Bercinta? Percintaan yang suci adalah percintaan kerana mengharapkan kasih dan rahmat Allah. Bimbinglah sesuatu kasih sayang itu menurut jalan yang diredhai. Cintailah keluarga kita, hormatilah ibu dan bapa kita. Tanpa mereka siapalah kita. “Sayangilah saudaramu melebihi dirimu sendiri, insya-Allah Tuhan dan rasul menyayangimu”.

Setiap makhluk Tuhan perlukan penghargaan. Layanilah semua makhluk Tuhan dengan sewajarnya. Ingatkah kisah seorang pelacur bangsa bani Israil yang diredhai Allah untuk memasuki syurga-Nya kerana memberi minum seekor anjing yang hampir mati kehausan dengan mencedok air menggunakan sepatunya tatkala dia juga benar-benar dahaga ?

Akhir kata,
Belajarlah menyayangi kerana redha-Nya, kelak kamu akan bahagia dan sentosa. Percayalah !

Hakcipta Terpelihara
(share digalakkan)
c l i c k e r s . m y

CINTA ALLAH AKAN BERKEKALAN KITA TIDAK AKAN KEHILANGANNYA SAMPAI BILA

Leave a Reply