Puasa dulu-dulu IV

Kembali kepada pakaian untuk hari raya atau hari-hari biasa pada masa dulu sudah mementingkan kualiti dan jenama. Kasut berjenama ‘BATA” amat popular di kalangan budak(murid) sekolah. Bata amat dikenali sejak di sekolah rendah lagi dan beberapa tahun kemudian muncul jenama saingan “Fung Keong”. Walubagaimana pun jenama ini jarang dibeli kerana harganya agak mahal. Mungkin dalam lima tahun sekali baru dibelikan kasut jenama “BATA”, selebihnya kasut tanpa jenama terutamanya kasut getah. Kasut ini murah dan tahan lama. Untuk baju sekolah biasa memang tidak mampu untuk membeli baju berjenama. Kami bernasib baik kerana ada pakar di kalangan kami yang mencipta jenama-jenapa terkenal. Di antara yang masih dingati ialah jenama “LATHUNA” direka bentuk oleh seorang kawan yang hebat melukis (WEE KIm LEE) classmate berasal dari Tanah Merah. Beliau telah melukis logo jenama dan dicop di hujung bawah baju putih sekolah kami. Biasanya bahagian tersebut dikeluarkan dari seluar untuk menunjukkan kami memakai baju berjenama walaupun palsu. Baju ditie in apabila berada di dalam kawasan sekolah dan di keluarkan apabila berada di luar kawasan sekolah atau semasa tiada guru di kelas. Kalau tidak silap pernah kami dibelikan kasut kulit “BATA” pada suatu hari raya. Memang megah walaupun baju dan seluar sekolah tetapi kasutnya, kasut kulit hitam(hem hebat). Biasanya kasut ini disimpang selepas hari raya untuk dipakai pada hari raya yang akan datang(saiz semestinya besar). bersambung…

Leave a Reply