52, 47, 23 dan 25

Kesakitan menyebabkan kita semakin mengingati mati. Kerisauan apabila sakit ialah terbantut amalan harian kerana amalannya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan baki usia. Seandai umur Nabi Muhammmad S.A.W menjadi sempandan bermakna 11 tahun peluang untuk hidup. Peluang untuk beramal bergantung kepada kesihatan. Seandainya ratio umur lelaki di Malaysia, masih ada 18 tahun untuk mencapai usia 70. Mengalami keadaan kesihatan yang tidak menentu, makan masa sebenar kemungkinan lebih cepat. Mohon Allah diberi kesempatan untuk beramal dan diberi kelebihan umur untukku(52), isteri(47) dan anak tunggalku yang masih hidup(23) 4 anakku sedang menunggu di Jannah. Kami sedang berusaha untuk bersama di sana dengan amalan dan rahmatNya.Sudah masuk jubli perak(25 tahun) usia perkahwinan ku. Mempunyai seorang isteri seorang anak yang saling menyayangi membuat kita termenung apakah dapat kita bersama di sana nanti yang kekal abadi.RahmatNya sentiasa dipohon.
Alhamdulillah, kerana kesakitan yang tiba-tiba terkawal. Kesakitan walapun deman biasa amat mengganggu kita untuk solat, terutamanya solat berjamaah, badan menjadi lemah untuk menatapi Al Quran, berat untuk berqiamulai. Memikirkan kesudahan bagi orang sakit adalah dua pilihan iaitu kematian atau peluang untuk sihat kembali. Mudahan jika anugerah sihat yang dikembali menjadikan kita lebih bersemangat menambah amal. Nikmat sihat selalu kita abaikan. Apabila makan enak terasa pahit dan berselera, minuman manis terasa tawar, berjalan gagah digantikan lemah longlai malah kadang sepenuh masa dipembaringan barulah kita menyedari nikmatnya Allah kurniakan kita sihat. Beramalah masa sihatmu sebelum datang sakitmu.

Leave a Reply