51 TAHUN MERDEKA – PENGALAMAN BERAYA DI PULAU NUNUYAN

Raya kedua masih hangat selepas berkunjung ke rumah kawan-kawan, rakan setugas serta jiran, sebagaimana janji dengan keluarga untuk berkunjung ke rumahnya di Pulau Nunuyan. Setelah beberapa kali tertunda maka pada pukul jam2715 kami bertolak dari jeti Sg Korek dengan menaiki bot pirate. Bot persendirian tanpa sebarang jaminan keselamatan iaitu tanpa jaket keselamatan, pelampung keselamatan, bumbung kayu yang bocor ala kadar sahaja, enjin bot yang kapasiti kuasa kudanya yang tidak sesuai, jaminan kualiti bot memang jauh sekali dari standard yang dibenarkan, tanpa sebarang lampu amaran dan sebarang lampu (sekadar Torch light dua beteri sahaja) dan lain-lain ciri keselematan memang tiada. Cuma yang diyakini oleh penumpangnya mungkin malimnya seoarang yang mahir dengan selok belok lautan. Semasa berada di perut bot di tengah laut antara Kg Sungai Korek ke Pulau Nunuyan teringat tragedi yang baru saja berlaku ke atas tongkang yang membawa penumpang warga Indo yang karam di Klang, Selangor beberapa hari yang lepas. Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini ke atas bot ini, tidak tahulah apa yang harus kami lakukan di tengah laut ini. Walaubagaimana pun kami selamat sampai ke Pulau Nunuyan dan Kembali ke Sandakan pada kegelapan malamnya. Pengalaman kami yang pertama dilalui oleh beratus-ratus penduduk Pulau Nunuyan dan banyak lagi pulau di sekitarnya. mereka berulang-alik entah berapa kali sehari atau seminggu dengan risiko yang kami lalui tadi.

Berdasarkan pengalaman yang sangat berharga tadi ingin kami sarankan kepada pihak yang bertangungjawab dan saya difalamkan rombongan Ketua Meteri sering ke sini (Pada hemat kami mungkin rombongan menaiki bot laju yang canggih terus dari jeti bot Bandar Sandakan) kerana jika pemimpin yang prihatin mustahil keperitan rakyat tidak diambil berat.

Cadangan:

i.Membina jalan dan jeti dari jalan utama terus ke laut (hanya 500m sahaja) jadi penumpang tidak perlulan meredah lumpur untuk ke bot dan pengendali bot tidak perlu menolak bot dari sungai yang cetek ke laut dalam sebelum injin dapat dihidupkan.

ii. Memastikah bot penumpang yang beroperasi merupakan bot yang mematuhi ciri keselamatan dengan pengendali yang terlatih. Untuk tujuan ini pihak berwajib bolehlah menyediakan latihan dan kemudahan kredit untuk menyediakan bot yang sesuai demi keselamatan dan keselesaan rakyat. Sekiranya kerajaan boleh menyediakan berbilion ringgit untuk memberi kemudahan kepada penduduk di bandar utama, apa salah menyediakan hanyan jutaan ringgit untuk rakyat marhein di pulau-pulau di Sabah ini. bersambung….

Leave a Reply