5 SYAWAL 1436H

Merayakan kemenangan setelah sebulan berhempas pulas memastikan puasa yang kita laksanakan diterimaNya. Syawal menandakan kejayaan kita mengharunginya dengan meneruskan legency apa yang kita telah laksanakan sepanjang. Ramai yang sibuk meraikan syawal dengan terbuka dan acara kunjung nengunjung.Memang ianya amat dituntut sebagai penghubung silaturrahim dan saling bermaaf-maafan ( promo tv” kosong-kosong!). Namun kita kena ingat bahawa masa pantas berlaku jika kita leka maka puasa sunat enam Syawal yang besar fadhilatnya akan berlalu begitu sahaja. Sebenarnya kita boleh memulakan puasa sunat tersebut selewat-lewatnya kelmarin iaitu 4 Syawal dan berakhir pada 9 Syawal. Dengan itu kita dapat menfaat keistemewaan Syawal dengan menruskan amalan puasa sunat Isnin dan Khamis bermula pada Isnin 11 Syawal. Seterusnya puasa sunat lain yang amat digalakkan seperti puasa hari Arafah, 10 Muharram dan sebagainnya. Amalan puasa sunat ini menandakan kemenangan kita sepanjang kita berpuasa yang difardukan kepada kita sepanjang Ramadhan. Amalan kita selepas Ramadhan merupakan ‘benchmark ” kepada hasil puasa wajib kita. Amalan-amalan sunat lain yang menjadi rutin sepanjang Ramadhan hendak dikekalkan malah ditingkatkan lagi. Ingat biar hari ini lebih baik dari semalam, bulan Ini lebih baik dari bulan sebelumnya dan begitulah seterusnya. Aturlah acara beraya seperti rumah terbuka dan kunjung-mengunjung dengan sebaiknya agar tidak menganggu amalan rutin kita!

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. How to Use Dildo - Trackback on 2016/07/21/ 12:22
  2. Como Motivarse cada mañana - Trackback on 2016/11/18/ 13:24