5 SOLAT FARDU LIMA KALI BERJEMAAH , BAGAIMANA ?

Solat fardu Subuh, bagaimana ? Sudahkah dapat kita laksanakan fajar tadi? Kegagalan untuk hadir berjemaah bukanlah disebabkan kesibukan tapi Kekuatan dalaman untuk bangun untuk berjemaah di masjid. Bagi mereka yang ISTIQAMAH Solat witir sudah pasti tidak akan ketinggalan Solat Subuh berjemaah. Untuk Solat fardu zuhur bagaimana ? Apakah alasan menyebabkan kita gagal berjemaah ? Tidak adakah perancangan yang bersungguh- sungguh untuk berjemaah di masjid , musalla atau mencari rakan untuk berjemaah.Fardu asar bagaimana? Terlalu sukarkah dan tiadakah jalan atau ruang untuk kita Solat berjemaah ? Ke masjid , ke musalla , dalam perjalanan pulang atau membentuk rakan berjemaah di tempat bertugas?
Untuk Solat Isyak dan Maghrib berjemaah bagaimana ? Ianya di luar waktu kerja atau dalam perjalanan pulang. Tidak bolehkah kita paksa diri untuk hadir berjemaah Maghrib dan Isyak pada seyiap hari dengan menangguhkan atau menyusun AKTIVITI kita pada waktu Maghrib dan Isyak agar kita dapat melaksanakan 5 waktu berjemaah. Rasailah kemanisan Solat berjemaah.

Leave a Reply