5 RAMADHAN

Hari ini 5 Ramadhan. Walaupun Ramadhan masih awal, namun riak-riak perubahan sudah jelas nampaknya. Jemaah terawih sudah berkurang. KALAU malam pertama dan kedua, kita dapati jemaah melimpahkan keluar Dari Surau atau masjid. Bagi Pengunjung biasa yang selalu ke masjid yang hadir ke masjid beberapa minit sebelum azan pada hari biasa amat sukar mencari ruang untuk bersolat. Namun, selepas 4 hari Ramadhan keadaannya hampir kembali normal cuma ada penambahan jemaah. Bagaimana diri kita? Masih setia solat terawih sehingga selesai bersama imam? alhamdulillah, seandainya kita masih berjaya mengekalkannnya, maka seolah kita kita berqiamulai.
Bagaimana dengan kualiti puasa kita. Dapatkah kita kawal pancaindera kita yang menyebabkan berkurangnya pahala puasa. Nah, sekiranya nasib tidak baik kita akan ‘0’ atau lapar dan dahaga saja. Kontrol dan berdoalah agar kita dapat menjaga mata, telinga dan lisan kita. Jika kita dapat menfaatkan 3 pancaindera tersebut, insyaAllah adalah harapan untuk meraih pausa yang mabrur. Allah MAHA PENYAYANG, berdoalah serta berusahalah agar kita dapat melaksanakan ibadat puasa sebaik mungkin.Diri kita yang menentukan dan menilai kualiti puasa kita. Diri kita juga yang akan memastikan kita dapat mengawal nafsu kita, Diri kita juga yang boleh mencegahnya daripada gangguan yang menerjahh orang berpuasa.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. permanent makeup Austin TX - Trackback on 2016/06/16/ 12:55
  2. Nigeria News - Trackback on 2016/08/02/ 09:23
  3. INSER - Trackback on 2016/10/17/ 17:53