IBADAT KETIKA DARURAT- SATU PENGALAMAN

DARURAT meliputi kesakitan, peperangan, ketakutan, berada di tempat yang untuk beribadat dan yang ingin dikongsikan pengalaman menghadapi musibah banjir. PENGALAMAN pertama semenjak diberi kesempatan bernafas olehNya selama hampir 54 tahun. BANJIR memang kita sedia maklum dengan limpahan air!  Namun air berlimpur dan agak berat untuk sebagai keperluan harian dan beribadat ! Biasanya dalam situasi banjir pencawan elektrik serta pam pusat penapisan air bersih ditenggelami air menyebabkan bekalan lektrik dan air dimatikan. Ini PENGALAMAN sebahagian besar kami yang memghadapi musibah banjir. Apatah yang berada di pusat pemindahan yang sempit dimuat dengan 1000 hingga 3000 lebih manusia dengan kemudahan yang terhad serta bekalan dicatukan. BAGAIMANA kita mengadapinya? Dalam aspek pengunaan air kita kena kurangkan di antara 80 hingga 90 daripada pengunaan biasa. Sama ada semasa berwuduk atau bersuci diri. Jika MELEPASkan qada hajat( buang air kecil atau besar)pastikan betul-betul tiada lagi kotoron keluar baru dicuci  . Biasanya dalam sitiasi tidak ramai enak tidur sehingga waktu Subuh. Kita kena ambil kesempatan bangun seawal mungkin untuk untuk qada hajat dan bersuci. Situasi ini biasanya dialami semasa jemaah haji wuquf di Arafah dan semasa di Mina. Bayang  hanya beberapa sahaja untuk seribu atau lebih. Tetapi jika bangun paling awal kita tidak perlu berbaris panjang, malah dapat bersuci dan sebagainya dengam mudah.

Leave a Reply