4 RAMADHAN , MENGAPAI PUASA YANG MABRUR

Menginginkan PUASA yang mabrur! Sepatutnya kita sudah hampir mendapat 4 hari PUASA yang mabrur. Marilah kita bertungkus lumus dengan bersungguh-sungguh untuk pengisian PUASA kita.
Berusaha solat fardu lima waktu berjemaah
Melaksanakan solat sunat semaksima mungkin
Zikir semaksima mungkin
Mengawal pandangan dari yang haram semaksima mungkin
Mengawal pendengaran dari yang ditegah semaksima mungkin
Mengawal mulut dari bekata dari yang dilarang semaksima mungkin
Mengawal tangan dan kaki dari melakukan atau melangkah ke tempat yang terlarang
Menjaga hati dari yang membawa kepada berdosa semaksima mungkin
Sepatutnya sudah 4 juz al Quran ditadarus
Sepatut sudah bertadabur setiap hari
Berdoa sepanjang masa
Qiamulainya bagaimana?
Silaturrahim bagaimana?
Sedekah bagaimana?
Membantu sesama saudara dan sahabat bagaimana?

Itulah di antara yang cuba dicapai agar dikurniai PUASA mabrur sepenuhnya. Marilah kita melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Leave a Reply