RIBUAN HADIR PROGRAM KEAGAMAAN , RIBUAN JUGAKAH YANG MENGAMALKANNYA ?

Sering kita lihat Fenomena kehadiran ke program keagamaan amat menggalakkan dan begitu hebat sambutan. Dua tiga hari lepas di Sandakan dibawa oleh sebuah badan dakwah daerah seorang UstAz yang terkenal namanya. Boleh dikatakan kehadirannya mencecah ribuan muslimin sehingga dikhabarkan tiada parking untuk mereka yang hadir tepat pada masanya! Dikirakan begitulah juga dengan kehadiran Penceramah yang ternama. Jika diadakan kuliah Subuh sekalipun, kita dapati ribuan sudah bersedia di masjid sebelum masuknya waktu solat fardu Subuh. Namun, dalam aspek pengamalan selepas program tersebut tidak banyak berubah, orang kata wal hasil balik asal( dua kali lima). Solat berjemaah di masjid selepas program itu, kita akan lihat muka yang sama! Mungkin solat berjemaah itu mereka beranggapan agak berat, namun amalan sunat lain kita tidak nampak kesungguhan untuk mula beramal secara istiqamah! Sebagainya contoh, kita masih ramai lagi yang tidak memberi peRhatian apabila azan dikumandangkan apatah lagi menjawab azan dengan bersungguh-sungguh sebagai diajarkan supaya kita dikurniai safaat oleh Rasul sallalahu’alaiwasallam. SeboleHnya semua atau sebahagian besar yang hadir pada program tersebut memulakan sesuatu amalan secara istiqamah dengan bermula dari amalan yang paling mudah. Malah kita dapati mereka yang hadir dalam program cinta Rasul sallalahu’alaiwasallam pun tidak mengambil perhatian berat terhadap azan. Amalan zikir-zikir seperti zikir pagi dan petang serta doa-doa harian masih tidak konssisten amalannya. Persoalannya kenapa? Penceramah sentiasa menekan pentingnya mendekati diri kepada yang MAHA PENCIPTA serta diutarakan amalan Rasul sallahu’ alaiwasallam . Amalan solat berjemaah masih lagi ditakuk lama, amalan solat sunat,tadarus alquran , puasa sunat, penambahan aksesori dalam solat dan sebagainya tidak berubah! SEKALI LAGI KENAPA DAN KENAPA?!. Adakah kerana kurang jelas kenapa kita mesti solat berjemaah lima waktu sepenuhnya! Kurang jelas keutamaan kenapa muslimin diberat untuk hadir berjemaah! Atau kurang yakin fadhilat orang yang hadir solat berjemaah! Atau tidak jelas tEhadap hukum bagi mereka yang gagal hadir solat berjemaah tanpa keuzuran syarie! Atau tidak menyedari keistemawaan solat berjemaah, kemanisan bagi mereka yang istiqamah berjemaah! Apakah ada halangan atau tidak rasa apa-apapun jika tidak hadir solat berjemaah! Atau sudah berpuas hati dengan solat yang didiri secara individu atau berjemaah sekali-sekala! Apa sebenarnya penyebab tidak ramai yang cuba hadir berjemaah secara istiqamah? Para Penceramah dan ahli agama perlu mencari sebab dan solusinya untuk di utara dalam program mereka agar selepas program tersebut ada perubahan yang signifikan. Ini baru satu amalan! Bagaimana dengan amalan lain! Kita kena cari jalan dan gunakanlah kelebihan masing-masing bagi menjadikan semuanya beramal secara bersungguh-sungguh dan menyedari peri penting setiap amalan untuk dilaksanakan secara istiqamah dan menepati syariah .

Leave a Reply