2017- BUAT YANG TERBAIK

Mudahan diizikanNya jasad ini bernafas sehingga penghujung tahun 2017 dan untuk seterus agar dapat digandakan amalan untuk bekalan di alam yang abadi. Sesungguhnya amalanku terlalu sedikit untuk menghadapi hari-hari yang kekal abadi.

Solatku belum sempurna lagi. Masih berkejaran untuk menyempurnakan solat berjemaah. Entah segala rukun dan sunat sudah menepati syarat-syarat yang Engkau tetapkan. Bacaan dalam solat sudah elokkah dalam aspek tajwidnya. Solat sunat mwngiringinya bagaimana? dapatkah didirikan secara istiqamah. Solat sunat yang disunnahkan dapatkah dilaksanakan secara istiqamah? Amat panjang soal berkaitan dengan solat! Ini kerana amalan inilah yang pertama dihisab di akhirat. Amalan solat jugalah yang membentuk jati diri dalam kehidupan dalam perjalanan menuĵu alam yang kekal abadi.

Amalan fardu lain bagaiaman? Syahadah,puasa, zakat,dan haji bagaimana? Mudahan pegangan dan perjuangan tidak lari dari syahadah yang diucapkan sama ada dalam semua aspek kehidupan berkaitan ekonomi, politik dan sebagainya menepati panduan al Quran dan Sunnah Rasul sallallahu ‘alaiwasallam. Mudahan puasa yang telah dilaksanakan diterimaNya dan diberi kefahaman yang berterus untuk melaksanakan puasa yang terbaik pada tahun ini. Zakat merupakan suatu pengorbanan yang menzahirkan keikhlasan dan keyakinan kepadaNya bahawa rezeki telah ditentukan olehNya dan ianya adalah milikNya yang mutlak. Kita hanya diamanahkan untuk diurus sementara mengikut acuan yang Dia tetapkan. Haji merupakan kemuncak kepada amalan yang jika diterimaNya balasan adalah SyurgaNya. Mudah hajiku dikira sebagai telah melaksanakan rukunNya yang kelima dan pengharapannya diterima sebagai haji yang mabrur. Mudah diiziNya untuk ke sana lagi.

Amalan-amalan sunat untuk melengkapi amalam yang rukun dan wajib terlalu banyak. Walaupun banyaknya amalan tersebut, namun Allah Yang Maha Agung telah mengurniakan kemampuan kepada hambaNya untuk melaksanakannya. Itulah Allah Yang Maha Agung. Namun bagaiamana amalan kita? sudahkah dilaksana sebahagian atau kesemuanya secara sempurna dan istiqamah?

Sendiri yang jawab dan bertindak!

Leave a Reply