2015 – AMALKU MENURUN

Rasanya tahun ini, merupakan tahun mencabar. Amalan rasanya kurang konsisten. Nafsu dan syaitan sebenarnya berjaya menguasai diri.Khatam alquran begitu perit dibanding dengan tahun sebelum. Amat lemahnya iman ini. Doaku agak menurun dengan amalan tetap terlaksana namun, wirid doa diringkas. Entah apa alasannya. Begitu juga amalan-amalan yang lain. Namun diharapkan dosa terus berkurang.
Tahun depan entah apa yang terjadi. Namun, tersemat disanubari untuk jadikan 2016 tahun terbaik dalam memperhambakan diri kepadaNya. Cakap kadang-kadang tidak serupa bikin, namun perancangan biarlah terbikin. Malam ini malam tahun baru 2016. Agaknya bolehkah kita mulai tahun baru dangan amalan soleh bersempena dengan malam Jumaat.
Di mulai dengan bacaan sural al khahf di antara maghrib dan isya’ dengan diikuti dengan qiamullai > solt sunat wuduk, > solat tasbih>solat taubat>solat tahajjud>solat hajat>solat witir>solat sunat sebelum subuh> solat fardu berjemaah di masjid atau surau>zikir pagi dan petang>tadarus dan tadabbur> solat sunat dhuha> solat sunat Jumaat> awal ke masjid> banyakkan selawat> serta tambahkan solat sunat lain atau amalan-amalan yang lain > teruskan sepanjang tahun>sepanjang hidup.InsyaAllah.

Selamat Tahun Baru 2016
Kota Kinabalu, Sabah.

Leave a Reply