2 RAMADHAN

Hari ini masuk hari kedua kita melaksanakan puasa wajib. Bagaimana situasinya, perasaannya, kualitinya berbanding kelmarin atau puasa tahun sebelumnya? Bagaimana masa digunakan, anggota badan terutamanya mulut, mata, telinga dan kaki kita. Apakah mulutkan dibasahi dengan zikrullah atau alunan ayat suci atau bicara nasihat ATAU masih mengekalkan dengan bicara kosong diselang-seli dengan umpatan atau lenih parah lagi dengan siulan maki hamun?. Apakah kita dapat mengawal mata dari perkara yang boleh menaikkan syahwat ATau masih liar mencari habuan bagi melepas gian nafsu?.Apakah telinga kita akan tertarik dan terikat dengan alunan ayat suci al Qurannulkarim dan kata-kata hikmah dan bidalan nasihat ATAU dilamun suara-suara nyanyian dan kata adu domba? Ke manakan kaki kita digerakkan? Ke rumah Allah dan ke tempat bicara agama dan seumpamanya yang boleh menambah pahala puasa ATAU merayau-rayau tanpa tujuan di pasacr-pasar Ramadhan sambil mencuci mata dan malam melepak di jalanan atau pusat hiburan. Jika ATAU pertama alhamdulillah. Jika ATAU kedua wanauzubillah. Marilah kita renung hari pertama dan kedua puasa kita untuk persiapan hari KETIGA PUASA KITA jika kita inginkan JANNAH melalui pintu ROYYAN.

Leave a Reply