MAKANAN ADALAH PUNCANYA…

Punca penyakit fizikal ialah kerana makan yang tidak terkawal atau main hentam sahaja malah ‘over load’ lagi. Perkara yang lebih pariah lagi ialah ianya akan membawa kepada penyakit rohani. Di antara penyakit rohani kesan dari makan dan pemakanan ialah malas beribadat. Kecenderungan beribadat bergantung kepada kuantiti dan kualiti makanan serta status makanan yang kita suap ke mulut kita dan Zuriat kita. Secara saintifik kita sedia maklum bahawa makan dengan berlebihan akan menyebabkan kita menjadi malas, bukan sahaja malas beribadat tapi malas dalam melaksanakan pekerjaaan harian. Selain gaya pemakanan yang dinyatakan tadi, status makanan yang kita makan. Apakah halal atau sebaliknya. Keenakan KFC atau PIZZA HUT adalah sama, sama ada sumber wang yang gunakan itu hail titik peluh kita atau Wang kemenangan judi. Keenakan beribadat dan hilang rasa malas dalam beribadat yang dapat dirasai seseorang itu apabila sumber untuk menyuap makanan ke mulut adalah halal. Gejala sosial, anak yang tidak mendengar kata, pegawai rasuah dan sebagainya adalah berpunca dari sumber makan yang dimakan oleh leluhurnya. Kesan pemakanan dari sumber yang haram biasa dapat dilihat dalam jangka panjang, sama generasi kedau atau ketiga. Sekiranya kita dapat memastikan setiap biji beras atau suapan yang makan itu halal, insyaAllah generasi boleh dibentuk mengikut acuan yang kita mahukan. Acuan yang kita cintakan adalah tidak lain can tidak bukan acuan Islam.

Leave a Reply