15 SYAABAN

Bermakna 15 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam ada 10 malam terakhir yang akan dikurniai malam lailatul qadar yang bersamaan dengan 1000 bulan kepada Siapa yang dikehendakiNya. Kita semestinya meletakkan matlamat agar dikurniai puasa yang mabrur dan lailatul qadar. Untuk mendapat keduanya SEPATUTNYA amalan kita dimulai sebaik sahaja Ramadhan yang lepas tamat . Amalan selepas Ramadhan menggambarkan di antaranya sama ada mabrurnya atau tidak puasa yang lepas. Namun Allah itu MAHA PEMURAH dan MAHA PRNGASIH Dialah yang MAHA BERKUASA untuk menganugerahi kepada sesiapa saja hambaNya yang Dia kehendaki. Ini bermakna kita masih mempunyai masa untuk membuat persiapan agar puasa kita pada tahun ini adalah yang terbaik di antara yang terbaik( BEST OF THE BEST!). Semua sedia maklum dengan rukun puasa serta syarat-syarat supaya puasa kita diterimaNya. Namun amalan-amalan sunat merupakan pelengkap kepada kesumpurnaan puasa. Di antara amalan sunat ialah solat- solat sunat, qiamulai, tadarus dan tadabur, banyak bersedekah dan sebagainya. Amalan tersebut perlu dimulai dari Sekarang. Lengkapkan ilmu berkaitan solat sunat, ilmu al Quran terutama aspek tajwidnya, serta salami ilmu bagaimana menghadapi cabaran untuk mendapat puasa yang mabrur. Pencaindera yang LIMA merupakan di antara penyebab kepada kehilangan pahala puasa kita! Oleh itu mulai dari Sekarang perlu banyak berdoa agar kita dapat mengawal Pancaindera kita supaya sentiasa betfungsi sebagai mana perintshNya. SELAMAT bersedia serapi mungkin.

Leave a Reply