15 RAMADHAN

Gear amalan mesti ditingkatkan. Kalau sebelum ini kita berada di gear dua dan tiga maka pada Ramadhan ke 16 sehingga 19 harus ditingkat ke giar empat dan seterusnya gear yang paling top untuk Ramadhan ke 20 sehingga penamat. Jika masih berada di gear satu, kita harus buat pecutan turbo jika ingin malam yang lebih baik dari seribu bulan. Jika dengan RAHMATNYA semuanya tidak mustahil jika kita berjaya menggandakan amalan dengan membuang jauh-jauh sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat mahmudah sepenuhnya. Untuk mencapainya kita perlu bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang menyebabkan kita masih leka, malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam amalan kita. Cubalah laksana baki ibadat puasa yang masih ada supaya menjadi puasa yang paling baik dalam hidup kita dan kita ingin merasai kemanisan ibadat terbaik kita. Ingatlah Allah MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG terhadap hambaNya. Bermulalah pertukaran gear dan pecutlah sehabis laju dan yakinlah dengan rahmatNya.

Leave a Reply