15 RAMADHAN

Baru terasa beberapa detik sahaja, sudah 15 Ramadhan hampir meninggal kita. Amalanku yang baru bermula hanya beberapa titik dari alam yang padat entah mabrur atau akan dibaling kembali ke mukaku. Lapar dan dahaga hampir berjaya ditempuhi. Namun, masih bertarung menjaga pancainderaku agar dapat melengkapkan lapar dan dahaga menjadi satu yang sempurna. Sedang bertarung mengawal mataku dari hal yang menjejas pahala puasa dengan dunia yang terlalu terbuka bercampur di antara yang halal dan haram. Kebanyakkannya yang haram mengatasi yang halal. Pendedahan aurat yang berleluasa menyebabkan pandanganku sering terbabas tanpa disengajakan serta tanpa dapat dielakkan. Moga Allah mengampuni kita semua. Pelbagai berita dan maklumat menembusi gegendang telinga tanpa dapat dikawal sepenuhnya. Usaha mengelak dan menjauh sudah kuusahakan mudahan ku diampuniNya. Masalah lidah yang tidak bertulang teramat sukar mengawalnya, mudahan tutur kata yang tersembur dari bibirku yang tidak disyariatkan kerana kecuaianku mohon keampunanMu.Belum dihitung langkah kaki, gerak tangan, nafsu kemaluanku dan detik hati yang tidak diredhaiNya! Ya Allah peliharalah semua pancaindera untuk menghadapi baki puasaku dan ampunilah dosa-dosa yang telah lalu.
Beberapa jam lagi akan masuk fasal kedua puasa untuk separuh Ramadhan yang terakhir! Solat berjemaah masih dapat dipertahankan, namun aku mohon amalanku tersebut diterimaMu di atas segala kekurangan dan kelemahan dalam solat dengan sengaja atau tanpa ku sengajakan. Jelmakan keisikhlas dalam beribadat mudahan amalan kita diterimaNya. Tadarusku masih merangkak-rangkak, tadaburnya baru satu dua ayat! amalan lain masih untuk ditingkatkan. Mohon dikurniai fasal kedua puasa nanti berada tahap yang terbaik. Mohon dikurniai kekuatan, kesihatan dan semua kelebihan agar dapat kumemperhambakan diriku kepadaMu Ya Allah Tuhan yang MAHA ESA. LAILATUL QADAR pasti aku usaha menggapainya!.

Leave a Reply