1:1000?!

Ratio hambaNya yang solat berjemaah berbanding hambaNya yang berada di sekitar masjid ialah 1 : 100 ! Itulah realiti umat Islam dewasa ini.  Jadi biarlah kita berada di sekala  satu daripada seribu. Tidak sukar pun! Jika kita ingin  berada di ratio  satu. Berusahalah bersungguh-sungguh agar kita di antara satu daripada 1000 yang hadir berjemaah di masjid atau surau.  Jika kit a tidak BERSUNGGUH musibah sekalipun tidak mendekatkan denganNya. Situasi semasa sebagai ‘benchmark ‘ untuk MUHASABAH diri kita. Situasi banjir yang menimpa di Kelantan tidak menjadikan masjid dan surau melimpah ruah sebagai tanda keinsafan kita dengan ujian dariNya. Kita lihat masjid yang berada berhampiran pusat pemindahan tidak ada peningkatan jemaahnya, malah menurun dengan teruk sekali (  +-50%). Situasi air jalan menunjuk ke sana bukanlah halangannya kerana ratusan merayau-rayau di sekitar tempat pemindahan juga yang amat dekat dengan masjid. Mereka selamba sahaja berjalan dan berborak semasa azan dikumandangkan. Apakah tidak terdetik di hati terhadap panggilan muazim untuk datang solat berjemaah. Sememangnya ada kelonggaran kewajipan solat berjemaah dalam situasi kesukaran ! Namun dalam keadaan halangan yang minima Tidakkah ingin kekalkan solat berjemaah kita DENGAN berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk hadir ke masjid!  Jika anda ingin berada di sebelah satu perseribu, maka hendaklah BERSUNGGUH dengan amalan semasa situasi aman.

Sedihnya melihat situasi umat Islam yang agak semakin jauh dengan amalan sunnah. Sudah hilang rasa bersalah di kalbu apabila tidak terdetik untuk menyahut panggilan muazim. KEsimpulannya amalan istiqamah masa amanmu pasti akan berterusan walau pun berada dalam kesukaran. Berusaha menjadi sebahagian satu dari seribu!

Leave a Reply