10 HARI YANG LALAI

Sudah 10 hari tidak mencoret, sedangkan ianya satu keperluan dakwah yang mampu dilakukan, tadaburpun pada tahap paling minima, padahal ianya merupakan kekuatan untuk berpegang kepada taliNya, tadarus tahap istiqamah, sepatutnya ia sentiasa bertambah lagi, puasa sunat tergendala akibat sering bermusafir untuk seminggu dua ini, ianya kena menjadi rutin bagi kemantapan imam, solat berjemaah masih bertahan dengan kekuatan yang madi ada, solat malam kembali mimima, ini amat menyedihkan. Dan pelbagai ibadat tidak ada peningkatan dalam seminggu dua, hanya bertungkus lumus untuk mengekalkan istiqamah. Lemahnya seorang hamba, moga saat seterus alasan dan amalan yang pasang surut ini dijauhiNya dan diampuniNya di atas kekemahan diri ini. Allah ampuni kami semua.

Catatan memilukan : jemaah Solat Subuh di Masjid yang tergah di negara kita pagi tadi.Jemaah mastutin entah 0000000 …… 1 % yang berjemaah, ada lebih kurang 20 jemaah pelacong Indonesia dalam perjalanan mengerja umrah, 2 orang warga asing lain, sorang mualaf keturunan cina dan seorang dua orang melayu tempat dan seorang dua petugas masjid. Baru saja kita berarak dan berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad sallahi ‘alaiwasallam tapi ajarannya semakin menjauh! Mudahan bukan kita!

Bangi, Selangor.
Masjid Putrajaya
Sebulan yang lalu catatan Masjid cyberjaya

Leave a Reply