1 JANUARI – SELAMAT TAHUN BARU-SELAMAT BERISTIQAMAH-SELAMAT MENAMBAH AMALAN

Masa berlalu terlalu pantas, sesaatpun kita tidak mengambil kembali masa tersebut. Itulah bukti betapa bernilainya masa. Jadi sempena tahun baru kita kena terus berazam dan melaksanakan azam kita untuk kekal ISTIQAMAH amalan sepanjang tahun 2014 dan bersungguh-sungguh menambah amalan kita. Kebetulan tahun baru BERMULA pada HARI khamis maka ianya satu permulaan yang baik kita teruskan dengan amalan puasa Hari khamis secara tidak langsung kita juga memulakan tahun baru dengan PUASA sunat. Kita mulakan tahun baru dengan qiamulai, tadarus, tadabur, ZIKIR pagi dan petang serta doa-doa yang disunnahkan yang diamalkan dalam setiap gerakgeri kehidupan seharian yang bermula dari bangun tidur sehinggalah kita di matkan sementara di malam hari .dan sebagainya dengan malam nanti diisi dengan bacaan Surah al Khaff. Solat- solat sunat diteruskan sebagaimana biasa seperti solat sunat wuduk, dhuha, rawatib, taubat, dan sebagainya. Amalan sedekah boleh diteruskan yang kebetulan negara kita ditimpa musibah banjir, bantulah sedaya yang mampu. Masukkan seringgit dua ke tabung-tabung yang disedia di merata premis. Solat FARDU berjemaah mestlah  dijadikan keutamaan dengan segala kelemahan yang menyebab kita tercicir sepanjang tahun tahun diatasi supaya pada tahun sunnah dapat kita laksanakan 100% dan permulaan tahun baru dengan fardu Subuh berjemaah serta solat sunat sebelumnya yang GANJARAN satu dunia dan siisinya! Untuk ibadat umum untuk meneruskan kelangsungan hidup sila pasti hasilnya halal 100%… Insya-ALLAH akan dikurnia jalan dalam mengamalkan suruhanNya. Seandai tahun ini adalah tahun terakhir untuk kita diberi kesempatan bernafas, biarlah pengakhiran yang TERBAIK  iaitu husnu khatimah.

Leave a Reply