03 RAMADHAN 1439H- SUATU MUHASABAH

Hari ini masuk hari ke-3 kita berpuasa fardu bulan Ramadhan 1439H. Berjuta orang Islam Islam di seluruh dunia berpuasa! Entah kali ke berapa? Pada hakikat ianya kebanyakan kita yang puasa ini bukan kali yang pertama! Mungkin (tetapi tidak sepatutnya!) jika puasa kita baru mencecah 2- 5 atau sepuluh tahun,puasa kita mendatar atau biasa-biasa sahaja kerana melaksanakan tuntutan kefarduannya! Namun jika puasa kita sudah mencecah lebih sepuluh tahun atau melebihi dua puluh tahun dan ke atas puasa kita masih dalam ‘mood’ biasa-biasa sahaja! ianya sebenarnya kita mempunyai masalah yang amat kronik. Ini adalah kerana puasa kita untuk tahun ini besar kemungkinan puasa yang terakhir! Bayangkan jika puasa terakhir kita dalam keadaan biasa-biasa!
Oleh kerana inilah kita anggap puasa kita yang terakhir yang entah selepas ini kita dipanggil mengadapNya, maka, mahu tidak mahu kita kena buat yang terbaik. Melaksanakan ibadat puasa yang terbaik bermakna tumpuan kita hendak sepenuhnya kepada rukun-rukun serta perkara sunat, perkara yang menambah nilai ibadat puasa dan jauh sekarang perkara yang menyebabkan puasa kita terbatal! Perkara yang paling utama ialah mengawal 5 pancaindera kita supaya tidak menjejaskan pahala puasa atau lebih membimbangkan ianya boleh membatalkan puasa kita! Menjaga pandangan mata mengawal pendengaran, membataskan lidah kita,mengawal pergerakkan kaki dan tangan kita ke arah perkara yang bermanfaat, sekali ianya menambahkan pahala puasa kita. Pergunakan pandangan kita untuk bertadarus, bertadabur serta membaca bacaan yang bermanfaat dan memandang hanya perkara yang tidak mengundang dosa. Mengguna lidah untuk mengungkap ayat-ayat al Quran, zikir serta perkataan yang memberi manfaat kepada diri kita dan manusia. Mengunakan pendengaran untuk mendengar ayat-ayatNya dan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada kehidupan kita. Menggunakan kaki untuki melangkah ke tampat yang dituntut atau yang bermanfaat seperti ke masjid, majlis ilmu atau untuk melakukan kerja-kerja mencari rezeki yang halal. Memastikan tangan kita digunakan untuk tujuan yang memberi kebaikan kepada diri kita dan orang lain seperti kerja rutin atau kerja amal, menulis dan sebagainya. Memasti waktu berpuasa dari sahur sehinggalah berbuka ‘sifar dosa’ . Moga kita mendapat puasa yang mabrur.

Leave a Reply