ΖIARAH HARI RAYA SUATU SUNNAH

Pagi jam 7.30 solat eudil fitri dimulakan dengan penjelasan ringkas tentang syarat-syarat solat sunat dan sedikit penerangan tentang aktiviti mingguan oleh Pengerusi(abang sudin) Surau ASSYAKIRIN Taman TINOSAN BT 4, Sandakan. Solat dan khutbah telah disempurnakan iman al fadhil ustaz zainal. Selesai solat, seperti biasa para jemaah mengunjungi rumah pengerusi dan usaz zainal. Selepas melayan tetamu (cikgu Sazali dan keluarga) saya dan isteri ke Ulu Dusun, menziarahi orang yang dikasihi yang telah lama berguru, bersahabat malah dianggap seperti bapa sendiri iaitu seorang bapa mithali, Tuan Imam HJ BUSTAMI. Lepas itu kami bersama imam serta anaknya hj ab.wahab(anak bongsu iman, sorang pendakwah, penterjemah yang bertugas dengan kedutaan arab saudi. Kini sebagai daei di USIA Sabah dan ditanggung oleh kerajaan arab saudi) dan keluarga seramai 10 orang . Kami ke rumah bekas staf (ustaz zul). ke rumah KK Sabirin dan ustaz abd. HADI. Selepas solat maghrib di masjid AL Abidin, kami pulang dan tiba di rumah kira jam 8.00 pm. BESOK sunnah ini akan ditruskan insyaAllah. SEMOGA zIARAH INI DIREDAI, MENDAPAT PAHALA DI SAMPING MENGERATKAN SILATURAHIM

 

Leave a Reply