Blog Archives

LAYAKKAH DIRIKU MEMASUKI SYURGANYA!

Umur semakin senja, ibadatku masih terlalu sedikit, itupun serba serbi kekurangan! entah mabrur atau dilemparNya! Hasad dijiwa masih berkubu, cumanya setiap detik ku berusaha merobohnya! Entah bila kubu hasad, kubu dengki, kubu riak, kubu jumud, kubu haloba dunia, kubu derhaka, kubu angkuh, kubu sombong dan segala kubu yang mendatangkan kemurkaanMu itu roboh sepenuhnya! Namun, aku akan terus berusaha merobohnya sebelum jasad ini terbujur kaku! Ya Allah ampuni daku, mek dan abahku, anak dan isteriku, menantuku, adik beradikku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, jiran-jiranku serta kaum muslimin!

Tafsir Surah al A’raaf-Ayat 130 -131- Kenapa degilnya manusia dulu dan kini!

Kisah mengenai seruan Nabi Musa a.s kepada firaun serta pengikut dan juga bani Israel. Oleh kerana mereka enggan menerima seruan Nabi Musa a.s untuk meninggalkan penyembahan berhala untuk beriman hanya kepada Allah yang Maha Esa! Keingkaran firaun dan pengikutnya menyebabkan Allah turun bala sebagai bukti kekuasaan Allah swt. Apa yang yang berlaku setiap kali bala yang diturunkan membuat mereka merayu Nabi Allah Musa a.s supaya Allah menghentikan bala tersebut dan berjanji akan beriman,namun ianya sekadar janji sahaja kerana apabila tiada lagi bala mereka kembali kepada kepercayaan asal mereka. Allah telah menurunkan bala berupa taufan dan air yang meluap dari buka bumi, belalang yang memusnahkan semua tanamam, ulat yang memakan hasil tanaman , katak dan darah segar yang mengalir di sumur! Namun mereka tetap engkar apabila dengan doa nabi Musa bala tersebut hilang!. Jadi tidak heranlah dewasa ini manusia sanggup melawan amaran Allah yang terdapat dalam al Quran dan al Hadis kerana mereka ditangguhkan bala, tidak sebagai mana umat terdahulu!

SENTIASA DEKAT DENGAN ILMU -KITA TIDAK SIA-SIAKAN PAHALA!

Bulan Ramadhan merupa bulan ibadat, ramai hambaNya berlumba untuk meraih ganjaran pahala. Namun kita beramal tanpa ilmu, pahala yang sudah di depan mata dilepaskan begitu sahaja! Sebagai contoh ramai yang beriktikaf di dalam masjid sementara menunggu waktu solat! Ada yang berbaring, namun bangkit dari perbaringan apabila azan dikumandangkan dan tidak sempat solat sunat qabliah, sedangkan ianya sunat muakad(yang amat diuntut kerana menghampii fardu) dan biar berlalu! Ini dikatakan pahala di depan mata disia-siakan! Apatah lagi meghabiskan masa berborak kosong yang hasilnya-pahala 0, masa terbuang dan jika silap tajuk ianya menyebabkan pahala puasa berkurang dan yang dapat lapar dan dahaga!

PENGALAMAN YANG TIDAK MANIS DITENGOK!

Rouder terawih menemukan jemaah yang hanya menunggu untuk solat terawih semasa jemaah lain sedang solat fardu Isya’ berjemaah. Jumlahnya hampir separuh dari jemaah yang sedang solat fardu Isya’! – Tanpa ilmu mereka menganggap solat terawih sebagai budaya di bulan Ramadhan!
Persoalannya : Tanggungjawab siapa untuk menyampaikan ilmu? Apakah tidak boleh diambil masa untuk menyampaikan maklum untuk beberapa minit sebelum bermulanya solat sunat terawih!
Parah juga! Imam solat terawih yang ilmunya bukan sebarangan (lulusan al Azhar) namun solat terawih yang diimaminya macam pesta ‘racing mat rempit’ laju, tidak menghayati, tidak menenangkan dan dan, entah apa yang dikejarnya! Aduhai bangsaku! Satu kumpulan tiada ilmu dan satu lagi ilmunya diletak di bawak telapak kaki!
Marah orang jahil!

DOA sebelum DAN selepas masuk waktu BERBUKA!

Pastikan kita berdoa dalam beberapa saat atau minit sebelum doa berbuka dan beberapa saat selepas doa berbuka sebelum menjamah juadah berbuka! ini kerana detik tersebut adalah di antara saat yang afdal atau makbur atau mustajab doanya. Ramai yang bercerita dan bergelak ketawa di saat ini kerana syaitan akan menarik perhatian supaya kita tidak mengambil kesempatan di saat keemasan ini. Ingat beberapa minit atau saat saja dan jangan sia-siakan!

SOLAT ITU BERINTERAKSI DENGAN ALLAH SECARA ‘life’!

Bulan Ramadhan merupakan bulan bonus! Bulan paling banyak kita berinteraksi denganNya secara ‘life’. Menjadi kewajiban kepada kita sebagai hambaNya berinteraksi melalui solat fardu lima waktu ditambah dengan solat sunat rawatib serta solat-solat rutin yang menjadi sunnah seperti solat sunat wuddhu, dhuha serta solat malam dan lain-lain solat sunat. Namun di bulan Ramadhan kita disediakan solat sunat tambahan yang hanya pada bulan Ramadhan iaitu solat sunat terawih. Kita mempunyai pilihan untuk solat 8 rakaat atau 20 rakaat. Tanya hati kita! Kalau sekadar memenuhi rutin kebanyakkannya memilih 8 rakaat! Namun jika kita menyedari tentang keuatamaan solat sudah pasti mereka ingin lebih daripada 20! Ini kerana mereka merasa inilah sahaja peluang untuk kita berinteraksi secara ‘life’dengan dlam masa yang lebih lama berbanding dengan bulan-bulan biasa! Dalam melaksanakan setiap solat, biarlah kita merasakan tidak mahu memberi memberi salam kerana seronoknya beriteraksi denganNya! Jika itu kita rasakan 20 rakaat itu terlalu singkat! Jika kita jadikan solat itu sebagai rutin, maka kita akan merasakan setiap rakaat dalam solat itu terlalu lama dan ingin segera meninggal rumahNya. Diri kita di mana ya?

SEDIKIT YANG DAPAT MENJAGA PANCAINDERA-JUGA TIDAK RAMAI YANG DAPAT MENGAWAL JARI JEMARI

Puasa sudah masuk hari kelima. Kadang-kadang kita menjeguk ke dalam media sosial untuk melihat perkembangan semasa yang melibatkan ummah dan negara tercinta. Namun amat menyedih bila melihat komen-komen dari jenamanya macam Islam yang tidak membawa kepada pahala yang memabrurkan puasa. Entah kenapa sampai tahap ini orang yang bernama Islam tidak menghitung dosa dan pahala dalam catatan mereka di media sosial! Entah apa akan jadi dengan generasi mendatang jika kini pun sudah begini. Doakan mereka supaya kemabali kepada Islam yang syumul semasa saat kita hendak berbuka!