Archive for

HON!!! Ada makna

Ini kisah bunyi hon, aku x suka tekan hon sbb aku tak suka di hon. Tapi rupanya hon ni ada maknanya tersendiri yang tak terfikir dek aku. Dalam lawak ada logiknya tuh. Lepas ni kalau tekan hon jgn sembarangan hon. Kredit kepada penulis asal lawak ni.

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAT BERDOA

Menurut Ibn `Atha , doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t . Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa , iaitu :

· Ketika hendak solat

· Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam . Sabda Nabi s.a.w “ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : w:st=”on”Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )

· Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w “ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi dianggap sebagai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami )

· Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w “ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )

· Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa : “ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi dianggap hasan oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Al-Tirmizi )

· Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w “ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi , dianggap sebagai sahih oleh Al-Albani dalam silsilah Ahadith Al-Sahihah)

· Malam Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie ,lihat sahih Al-Tirmizi )

· Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat

ke-29 maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )

· Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w “ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )

· Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w “ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud, dianggap sebagai sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Hadis al-Sahihah )

· Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis : “ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah dianggap sebagai hasan oleh al-Albani dlm Silsilah Ahadith Al-Sahihah )

· Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah . Sabda Nabi s.a.w. “ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) . Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )

· Waktu menerima ujian . Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud “ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”

Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)

· Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda “ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.”

(HR Abu Dawud,hadis hasan )

· Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda “ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim ) (PERNAH DIPOST PADA NOV 2008)

RENUNGILAH WAHAI SAUDARAKU

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Hud 11:123) |

IBADAT JANGAN BERTANGGUH

kita hanya boleh merancang tapi perancangan Allah adalah yang paling tepat dan benar. Kita merancang ingin melaksanakan selepas asar nanti kerana sememangnya kita tidak akan ke mana, tetapi kadang tanpa dijangka kawan minta bantu membuat sesuatu. Tentu sukar kita melaksana perancangan awal tadi, alangkah selesanya jika telah laksanakan pada waktu terluang pada awalnya dan sekira masa yang kita rancangakan memang seperti yang dirancangkan, apa salahnya kiya lipat gandakan amalan kita!. Dalam beribadat kita boleh merancang akan melaksanakan itu dan ini, lepas ini, sejam nanti, petang nanti, malam nanti, pagi nanti, esok nanti, minggu depan nanti, nanti dan nanti. Janganlah bertangguh, jika kita tetapkan setiap hari kita akan membaca sekurang-kurang 100 ayat, maka bila ada masa, sila bacanya, jangan bertangguh nantilah petang dan sebagainya. Begitu juga dengan amalan lain seperti solat sunat dan berzikir segerakan laksanakan target kita. Jika kita amalkan insyaAllah kita akan dapat istiqamahnya.

UMRAH DAN HAJI KU

Tuesday, April 24, 2012
UMRAH DAN HAJI KU
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengapa aku suka buat posting tentang haji atau pun umrah? Sebabnya ialah haji dan umrah adalah wajib. Ada hadis yang menyebut sekiranya seseorang muslim itu mati tanpa mengerjakan haji, maka matinya adalah mati yahudi.

Aku mengharapkan, dengan memuat posting tentang haji dan umrah, mudah mudahan Allah buka kan hati mana mana insan yang membacanya dan belum lagi mengerjakan haji. Kalau dalam ribuan yang baca, dan sekian ribu minit yang terluang di blog ini, hanya seorang sahaja yang tertarik untuk mengerjakan haji atau umrah, maka itu adalah lebih baik pada penilaian aku daripada aku buat analisis atau cerita cerita sensasi yang semata mata mencari hits tinggi.

Soal buat haji atau umrah bukan semata mata tertakluk kepada ada duit atau tidak. Sebab orang yang ada duit pun, sekiranya Allah tidak bukakan hatinya untuk mengerjakan haji dan umrah, maka duit dan hartanya tidak menghalakan dia ke baitullah.

Yang utamanya ialah orang tersebut hendaklah ada rasa keinginan untuk mengerjakan haji dan umrah. Rasa keinginan ini, yang dalam istilah orang kampung disebut seru, akan datang kalau individu tersebut duduk dan belajar dalam majlis ilmu Islam, berkawan dengan orang orang yang taat dan rapat dengan Islam, dan mendampingkan dirinya dengan Islam, seperti membaca literatur mengenai Islam.

Apabila Allah campakkan dalam qalbunya rasa ingin mengerjakan haji dan umrah ini, maka barulah berdoa untuk mengerjakan haji dan umrah. Apabila anda telah berdoa untuk mengerjakan haji dan umrah, maka itu petanda bahawa Allah telah mencampakkan ke dalam qalbu anda rasa keinginan tersebut. Telah datang seru kepada anda.

Kalau semasa timbul keinginan untuk mengerjakan haji dan umrah, anda tidak punya wang secukupnya untuk ibadat tersebut, maka anda minta juga dengan Allah supaya dicukupkan keperluan material anda. Juga semasa berdoa, anda sebutkan tahun yang mana anda ingin mengerjakan haji dan umrah.

Sekiranya anda berdoa: Ya Allah, aku ingin mengerjakan umrah; maka lebih baik kalau anda berdoa: Ya Allah, aku hendak mengerjakan umrah dalam tahun 2013. Dan tambah lagi: cukupkan lah semua keperluan supaya boleh aku mengerjakan haji dan umrah pada tahun 2013.

Dan percayalah, rezeki anda akan mengalir masuk dari sumber yang tidak anda jangka!

Posted by Hamirdin b Ithnin at 6:48 PM Links to this post
Labels: DAKWAH

KEMANISAN IMAN

Imam Ibnu Qayyim ada menegaskan, antara perbuatan untuk perolehi cinta Allah dan kemanisan iman selepas melakukan ibadat wajib:

1. Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.

2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.

3. Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak-tanduk kehidupan dengan hati, lisan dan perbuatan.

4. Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.

5. Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.

6. Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.

BORING??? Ini penawarnya!!!Jangan bazirkan masa!!!

Situasi ini akan dialami oleh sesiapa sahaja dan di mana jua. Ini berlaku kepada kebanyakan manusia samada yang sedang berkerja atau sedang melakukan sesuatu, sedang menunggu sesuatu atau sedang dalam perjalanan ke destinasi tertentu. Kebanyakan daripada masa tersebut berlalu begitu saja. Adakalanya masa tersebut digunakan untuk berbual dengan orang sekeliling atau melalui telefon, adakalanya dihabiskan dengan berkhayal, kadang-kadang hanya melihat kejadian atau suasana di sekeliling tanpa sebarang tujuan dan sebagainya. INGAT MATI merupakan pendorong kepada pengisian masa-masa tadi secaraa berfaedah dan tidak menjemukan. Jika masa lompang itu mengizinkan kita solat, maka solatlah bermacam solat sunat sebanyak-banyaknya. Jika keaddan pada masa itu memboleh kita membaca, maka bacalah alQuran atau buku agama. Jika situasi masa tadi tidak mengizinkan kita solat dan membaca maka berzikir sebanyak-banyaknya atau kaitkan alam di sekitar dengan kebesaran Ilahi. Jika ini kita amalkan maka kita akan tercari-cari masa yang dikatakan boring tadi. (LIHATLAH BETAPA BERUNTUNG JIKA ANDA SEORANG “JAGA” -walaupun anda tidak dapat mengumpul banyak harta dunia tapi jika anda amalkan amalan di atas andalah yang paling banyak mengupul harta akhirat)Amalkanlah.