Archive for September 13, 2010

Tahniah Rakyat Kelantan: Tuanku Faris Petra, Raja Yang Dekat Di Hati Rakyat

E-mail Print PDF

KOTA BHARU, Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.,” katanya

Tengku Faris: Raja Berjiwa Rakyat

Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat besar sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau sendiri tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri untuk rakyatnya….

Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju “gumbang” (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan “kita” menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Last Updated ( Monday, 13 September 2010 12:27 )

Faktor Pelbagai Jenayah Kejam dan Ringan Berleluasan

Apakah penjenayah yang mesti disalahkan? Seandainya penjenayah disalah, maka nasi sudah menjadi bubur, kerana jenayah sudah terjadi, mangsa sudah mati atau disengsara. Penjenayah akan dihukum sama ada ke tali gantung atau ke penjara untuk tempoh tertentu. Apa yang menjadi persoalan jenayah baru akan muncul dengan penjenayah yang lain. Puncanya mesti supaya jenayah dapat kurangkan walaupun agak mustahil untuk disifarkan. Sebab Allah SWT sudah sediakan syurga dan neraka. Sekurang-kurangnya dapat dikembali pada zaman era yang kurang penjenayah. Apakah puncanya? Apakah polis gagal dalam tugasnya? mustahil ! kerana saban hari kita lihat polis menangkap dan menembak mati penjenayah. Saban hari hakim menjatuhkan hukuman ke atas penjenayah yang semestinya telah ditangkap oleh polis. Tetapi apa punca? puncanya yang utama ialah ibu bapa yang melanggar perintah Allah dengan membiarkan keluarga menjadi ahli neraka!. Apakah kita sebagai ibu bapa telah :-

i. memastikan anak kita berada  dalam lingkungan orang yang diredhai Allah swt? seperti

a. memastikan anak-anak kita solat. Orang yang solat akan terhindar dari melakukan perkara mungkar dan melawan perintah Allah swt. tidak mendedahkan orang yang boleh merangsang kali perempuan untuk melakukan jenayah rogol dan sebagainya( semestinya orang yag solat tidak akan cederung untuk berbuat demikian), Orang solat tidak akan melakukan pecah amanah atau rasuah. Apakah kaitan pecahan amanah dan rasuah? Orang memberi makan kaum keluarga dengan sumber haram tersebut menyebab keluarga yang darah dagingnya dari sumber haram amat berat untuk melaksanakan perintah Allah swt. Apabila peritah Allah swt tidak dilaksanakan sudah semestinya peranan iblislah yang senang diresapi. Darah yang haram mengalir di dalam tubuh akan sebati dengan syaitan. Orang yang solat tidak akan menipu. Sumber dari hasil penipuan sama juga dengan sumber dan kesan perkara di atas di atas.Begitu sumber dari wang riba, insuran konvesional yang haram semuanya jika dibelanjakan untuk kehidupan, kita bergelumang dengan perkara yang haram. Maka tidak hairan pemikiran kita sudah menjadi macam syaitan kerana sumber haram akan sebati dengan syaitan. Orang ini akan menentang setiap perkara yang baik, hatta hukum yang Allah swt wahyukan pun sanggup ditentang dan mempertikaikan KeEsaan , Kebesaran,KeAgungan Illahi. Apakah Allah hukum yang menjadi Alam dan isinya tidak sesuai dilaksanakan. Sesunnguhnya Allah MAHA mengetahui apa yang dijadikan maka PATUHI HUKUMNYA nescaya jenatah tersebut dapat dihindari. bersambung….

Dua Jenis Takbir Pada Hari Raya (Takbir Mursal dan Takbir Muqyad)

Pengertian:

Takbir Mursal(mutlak/bebas) bermaksud takbir yang diungkap di luar solat. Takbir ini boleh dibaca selepas solat maghrib 30 Ramadhan sehingga selepas khutbah.(terdapat imam solat yang melaksanakan Takbir Muqyad (akibat tanpa ilmu)

Takbir Muqqayyad(terikat) bermaksud takbir yang dilafazkan sebaik sahaja selesai memberi salam solat fardu(mengiringi solat fardu). Ia boleh dilafazkan bermula subuh 10 Zulhijah sehingga 13 Zulhijjah(hari Tasyrik) selepas solat asar.

Adapun masalah tuntunan mengumandangkan takbir dalam hal ini kami jelaskan dulu tentang jenis-jenis takbir, bahwa takbir terdiri dari  2 jenis yaitu takbir mutlak (bebas) dan takbir muqayyad (terikat). Takbir mutlak menurut pendapat yang rajih (kuat), disyaratkan pada dua malam hari raya sampai selesai khutbah demikian juga disyaratkan di 10 hari pertama bulan Zulhijah sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Qudamah di dalam Al Mughni, (3/256) berkenaan takbir di malam dua hari raya dimulai dari melihat hilal bulan Syawal (jika memungkinkan dan jika tidak maka dimulai dari sampai berita ‘Ied melalui cara yang benar atau dengan terbenamnya matahari tanggal 30 Ramadhan), sedangkan pada malam ‘Idul Adha mulai dari terbenamnya matahari tanggal 9 Dzulhijjah, sebagaimana Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menegaskannya, “Pendapat yang rajih (lebih kuat) dalam masalah takbir yang menjadi amalan mayoritas salaf dan ahli fikih dari kalangan sahabat dan para imam adalah bertakbir dari fajar hari Arafah sampai akhir hari tasyrik setelah shalat, disyaratkan bagi setiap orang mengeraskan takbirnya ketika keluar dari shalat ‘Ied dan inilah kesepakatan dari 4 imam mazhab. Adapun takbir Idul Fitri dimulai dari melihat hilal dan berakhir dengan selesainya ‘Ied yaitu selesainya imam dari khutbah menurut pendapat yang benar.” (Lihat Majmu Fatawa, XXIV/220-221)

Terima kasih Tuan Guru ustaz Hj Yacub Lubis di atas ilmu yang dicurahkan.

a. Takbir umum:

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Artinya :

Allah maha besar (3X)
Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

b. Bacaan lengkap:

Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,…
, wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal – kaafiruun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd

Artinya :

Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya,
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan sore.
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tentaranya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

BEGINILAH JADINYA JIKA SEKADAR MAKAN GAJI!!!

Sekira kita rajin solat fardu subuh berjemaan secara kembara pada setia fajar dari sati masjid ke satu masjid khususnya di daerah Sandakan, maka fenomena imam poteng tugas memang ketara. Biasanya sesiapa saja yang nampak alim, berkopiah, berkumis, berjanggut, memakai jubah putih(macam ulama besar) akan ditolak ke depan untuk menimami solat fardu subuh. Makmur akan bernasib baik jika yang ditolak itu memang seorang yang mempunyai kelayakkan. namun amat malang dan mengecewakan seandainya ditolak itu lebih jahil dari makmumnya di belakang. Jika kita tidak mampu membawa jemaah untuk mendapatkan solat mabrur dan balasan syurga, janganlah kita menyambut cabaran itu, kerana kita akan membawa ke makmum ke jalan lain. Siapakah yang menanggung dosa ini. adakah :-

i. muazim yang tidak berilmu yang menolak “imam segera” tersebut?

ii.”imam segera” tersebut yang sanggup bertanggungjawab terhadap makmumnya?

iii.makmum yang arif tapi tidak sudi ke depan?

iii. imam yang dibayar gaji yang poteng tugas?

iv. pihak majlis agama yang tidak memamtau tugas imam?

v. ada siapa-siapa?

Begitulah seandainya kita beramal secara ikutan tanpa ilmu. Imamnya sudah tentu masih perlu belajar kerana sekira beliau mempunya ilmu yang lengkap sudah semestinya akan menyedari berat amanah yang dipikul. AJK masjid mestilah yang berilmu supaya sekira situasi ketiadaan imam terjadi mereka boleh menyempurnakan solat dengan teratur. Wallahu’alam

Akedemi ramadhan yang gagal

Marilah kita limpahkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan menyedut udaranya yang segar, dapat menyempurnaan kiamulai ringkas dan bersolat subuh berjemaah walaupun hanya imam dan seorang makmum sahaja. Begitulah fenomena umum selepas sebulan berada di akedemi ramadhan almubarak. Melihat kepada 10 malam terakhir Ramadhan adalah seperti dijangka, bahawa ramai yang tersungkur tewas dengan hawa nafsu. Kita lihat pada 10 malam awal Ramadhan graf keinginan melaksanakan ibadah dengan keazaman perubahan diri  melonjak agak luar daripada kebiasaan. Sayangnya dek amalan sekadar ikutan, kebiasaan dan lumrah tanpa dilengkapi dengan ilmu, maka inilah hasilnya. Apabila beribadah tanpa ilmu maka akhirnya nafsu menguasai diri. Walaupun pada hakikatnya syaitan diikat, tetapi bagi yang nafsunya mengatasi keyakinan hanya dengan keryitan mata syaitan yang terikat kita akan tersungkur. Perkara yang jelas ialah bahawa ibadah puasa dan solat kita masih rendah tahap kualitinya. Sekadar dapat lapar dan dahaga. solat kita sekadar dapat penat dan lelah sahaja. Seandainya puasa dan solat kita mabrur, sudah tentu amalan kita konsisten dan tidak terhad kepada hari atau bulan tertentu. Solat berjemaah bukan sekadar bulan puasa sahaja, bukan sekadar masa terlapang sahaja, bukan sekadar kebetulan berurusan berhampiran masjid sahaja, bukan sekadar mengikut kawan sahaja, bukan  dan bukan sekadar-sekadar sahaja. Masih belum terlewat lagi dengan sisa nafas yang Allah kurniakan untuk kita bermuhasabah dan membaiki diri menjadi hamba yang bertaqwa. Cara carilah ilmu melalui sumber yang muktabar untuk memperbaiki solat berkatan 13 rukun, tajwid bacaan, perkara yang membatalkan solat, perkara-perkara yang sunat yang melengkapkan solat ita serta khusyuk, cari dan tambahlah. Amalan-amalah yang sebahagian besar adalah untuk hambaNya kecuali puasa adalah khas untuk Allah. Apakah persembahan kita 30 hari puasa itu adalah terbaik, tersempurna dan paling cemerlang. Diri kita yang dapat menilai kualiti yang ingin kita sampaikan kepada Rabbuljalil. wallahhu’alam.

Mabrurkah Ibadat Ramadhan Yang Lalu

Ada harapan mabrur

seandainya

masih rajin berjemaah 5 waktu di masjid atau surau

masih rajin bertadarus dan menghayati tafsiran al Quran

masih rajin membasahi bibir dan hati dengan zikrullah

masih rajin bersedekah

masih rajin sedekahkan senyuman dan bersopan dalam tutur kata

masih rajin dengan sifat sabar

masih rajin mengekalkan silaturrahim

masih rajin hadir ke majlis ilmu

masih rajin bangun kiamulail

dan yang paling utama masih rajin mengingat dan bersedia untuk mati

itukah aku atau itukah engkau

biar itu aku dan engkau

SALAM AIDILFITRI 1431H

Salam ‘idilfitri untuk mek, abah,isteri dan anakku, khir,zun,kakwan,noje,semua keluargaku, sahabat dan kenalan, pengunjung blog serta muslimin dan muslimat.

Maaf zahir batin

Semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah SWT.