Doa khusus dan ikhlas Seorang ibu dan bapa March 28, 2010
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentDalam dunia ini tiada manusia yang sentiasa mendoakan secara khusus dan ikhlas untuk kita selain diri kita sendiri mereka ialah ibu dan bapa kita. Malah mereka bukan sekadar mendoakan anaknya malah melapaui untuk cucu, cicik dan keturunan agar mendapat kesejahteraan. Kita sering mendengar cucu yang memohon restu neneknya apabila akan menghadapi sesuatu yang penting. Kasih sayang nenek terhadap cucunya kadang-kadang melebihi kasih sayang ibu dan ayahnya sendiri.Seerat manapun hubungan kita dengan saudara kandung, jarang mereka mendoakan saudaranya setiap masa khususnya selepas solat, malah ada yang tidak mendoakan langsung saudaranya. Seakrab manapun perhubungan kita dengan sahabat karib, jarang yang sentiasa mendoakan secara khusus untuk sahabatnya. Samada kita menyedari atau tidak kedua ibu bapa kita yang beriman pasti akan sentiasa mendoakan anaknya secara ikhlas dan khusus setiap masa. Paling kurangpun setiap selepas solat. Doa khusus yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan hanya mengharapkan kesejahteraan, kebahagian, kejayaan, keimanan, ketakwaan dan segala kebaikan untuk anaknya. Mereka mendoakan kepada anaknya walaupun anaknya sentiasa melupainya. Itu ibu dan bapa yang kadang sering kita lalaikan dan lupakan. Semoga Allah jauhi sifat demikian terhadap diri kita. Apakah kita sebagai anaknya juga berbuat demikian. Renung, fikir dan bertindakanlah. Ingat apabila mereka pergi meninggalkan kita tiada lagi yang sentiasa mendoakan kita kucuali anak kita yang soleh. Sentiasalah mendoakan kesihatan dan panjang umur untuk mereka agar mereka dapat terus beribadat kepada yang esa di samping berterusan mendoakan kita. Tiada doa yang paling Allah makhburkan selain doa dari kedua ibubapa.
Sehari sebuah Firman - Surah Al Baqarah
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment![]() |
ulaa-ikalladziina isytarawuu dhdhalaalata bilhudaa wal’adzaaba bilmaghfirati famaa ashbarahum ‘alaa nnaar
[2:175] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!
Mudah-maudahan Abah dan Mek Sihat Sentiasa March 27, 2010
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentPengalaman setelah bergelar bapa menyedarkan betapa tidak ternilai jasa dan pengorbanan abah dan mek. Dalam situasi yang amat sukar telah mendidik kami menjadi manusia. Dalam kepayahan membesar kami dengan kudrat tulang empat kerat, kami telah berjaya menjadi orang yang dapat menyumbang kepada masyarakat. Jasa dan pengorbananmu tidak ternilai dengan pemberian jutaan wang ringgit atau kemewahan sekali. Kepulangan kami tempoh hari agak menyedihkan kerana kesihatan abah dan mek amat membimbangkan. Abah sperti biasa demamnya yang datang dan pergi, batuknya yang agak kronik masih menyerang dan menganggu keselesaan hidup, menjejas rutin ibadahnya(kalau diizikan biar penderitaan tersebut bertukar ganti dengan anakmu ini). Mek yang sentiasa ceria walau sakit, tapi pada kali ini agak membimbangnya asyik berbaring sahaja(kelakuan demikian yang berlaku pada. Mek ialah seorang yang teramat gigih, sering mengabaikan kesihatan, kepenatan, keletihan diri demi anak-anak dan cucunya (hampir sama dengan sifat isteriku). Berhempas pulang mencari rezeki untuk membesarkan kami. Hanya Allah yang dapat membalasmu. Syukur kak wan sentiasa di samping mereka. Semoga Allah membalas jasa adikku yang tabah ini. Ubat yang diberi daripada Klinik Datuk dr Saidina Umar telah habis dan ubat dari hospital Machang juga kurang berkesan. Masalah utama abah ialah dia amat berat untuk mendapat rawatan rapi di hospital. Nasihan doktor untuk berada di wad bagi mendapat rawatan rapi dimungkirinya. Begitu sifat kebanyakkan warga tua. Mudah-mudahan Allah s.w.t sembuhkan mereka kami sentiasa mendoakan kesihatan kalian setiap detik. Adik-adikku sentiasa hubungi sebagai pengubat hati. Kehilangan yang dirasai setelah ketiadaan mereka sudah tiada guna lagi sekira sisa kehidupan mereka tidan kita ambil peluang. Yang ampuni kedua ibu bapa kami.
Sehari Sebuah Firman - Surah Al Baqarah
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
![]() |
innalladziina yaktumuuna maa anzalallaahu mina lkitaabi wayasytaruuna bihi tsamanan qaliilan ulaa-ika maa ya/kuluuna fii buthuunihim illaa nnaara walaa yukallimuhumullaahu yawma lqiyaamati walaa yuzakkiihim walahum ‘adzaabun liim
[2:174] Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api109, dan Allah tidak akan berbicara110 kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.
Seminggu di negeri Serambi Mekah March 22, 2010
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentMenghadiri kuliah maghrib adalah suatu rutin yang tetap di samping kuliah subuh di masjid Muhammadi Kota Bahru. Kebetulan berada di rumah mertua di Kg sireh, KB, jadi peluang ini digunakan sepenuhnya. Setiap malam penceramah yang berlainan akan menyampaikan kuliahnya. Di samping topik yang berbeza serta gaya dan pendekatan yang berbeza. Dari penyampai yang muda sehinggalah yang seusia MB Kelantan. Masing-masing hebat dengan ilmunya. Mereka menyampai dengan berbagai gaya. Sebahagian dengan pendekatan yang agak lantang dan berani, sebahagiannya dengan cara yang santai tapi menyengat. Sepanjang seminggu menghayati kuliah tersebut, sebahagian besarnya perkara yang berulang-ulang (remaider) bertujuan memperkukuhkan iman dan menguatkan istiqamah diri. Satu kuliah yang menarik dan perlu diberi perhatian yang disampaikan seorang penceramah . Belia beliau menyentuh tentang pentingnya kefahaman dan kekuatan akidah dalam mengamalkan ajaran Islam. Pentingnya akidah untuk mempertahan pahala amalan. Beliau menghuraikan bahawa tanpa akidah yang mantap,pahala amalan akan hilang sekelip mata sahaja. Contoh mudah yang beliau berikan ialah pahala zikir sesorang akan hilang sekelip mata sahaja jika kita riak sebaik sahaja kita selesai berzikir. Pahala puasa misalnya akan hilang sekelip mata sahaja apabila si puasa melihat aurat perempuan ketika bersiar-siar. Oleh itu, beliau merumuskan bahawa kekutan akidah adalah penting baki mengekalkan pahala amalan kita. Syaitan tidak heran dengan pahala yang kita dapat kerana ianya akan terhapus dalam sekelip mata sahaja jika kita beramal tanpa kekuatan akidah seperti mana contoh yang disampaikan oleh penceramah tadi.
Perkara kedua yang ingin disentuh di sini aalah tentang amalan tanpa ilmu. Walaupun berada di bumi bertuah negeri serambi Mekah tetapi tidak membudaya menuntut ilmu secara serius dan berguru, kita dapat ramai jemaah mengamalkan ibadah dalam kejahilan. Contoh jemaah yang melaksanakan solat sunah di masjid (terutamanya sunah Qabliah/Ba’diah/tahyatul masjid), mereka solat di mana-mana tanpa ada sutrah(penghadang) menyebabkan sukar bagi jemaah lain bergerak. Bayangkan balasan bagi orang melintasi orang yang sedang solat. Mereka yang beramal tapi jahil ini tidak menghirau masalah yang dihadapi oleh jemaah lain.Diharap para pendakwah dapat menekankan perkara ini.
Perkara yang ketiga khas untuk muslimat. Dari maklumat yang disampaikan oleh isteri, sebahagian besar kaum muslimah yang tidak memahami bagai membentuk saf dan kepentingan saf dalam solat. Perkara ini kita tidak boleh salahkan mereka kerana program agama lebih tertumpu kepada kaum adam. Sepatutnya sebagai suami, mereka semestinya menyampaikan ilmu yang diterima kepada ahli keluarga terutama isteri dan isteri menyampaikan kepada anak-anak. Jika ini dilaksanakan kita akan lihat keindahan Islam apabila penganutnya beramal berdasar sunnah. wallahu’alam





