Fenomena >0.01 % February 21, 2010
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentJauh perjalanan lumayan pengalaman- Peribahasa orang dulu-dulu yang kaya dengan imaginasi yang realiti. Seronok melihat panorama alam, hiruk pikuk jalanraya, riuh rendah gelagat manusia, bercacakan bangunan tumbuh dan sudah semestinya makin kurang kicauan burung (burung mencari makan di jalan raya suatu fenomena yang biasa). Solat jemaah pahala 27 kali ganda (di Masjidil Haram 27 X 100 000 =2 700 000 pahala) MasyaAllah sepanjang hiduppun belum pasti dapat sebahyang sebanyak itu!!!.
Fenomena yang ingin dibincangkan ialah hamba-hamba yang menyahut seruan Ilahi supaya solat. Melihat umat yang datang berjumaah hanya >0.01% sahaja, berapa peratuskah yang solat. Al Rrahman Allah kurniakan di dunia dari Nabi adam a.s sehingga hari Khiamat hanya 1 % daripada 100% nekmat yang Allah SWT sediakan untuk kaum muslimin dan kuffar. 99 % lagi adalah Al Rrahim hanya untuk kaum muslimin sahaja akan diberi di akhirat nanti. Rata-rata kita lihat di semua masjid atau musallah umat islam yang datang berjemaah ialah >0.01% sahaja. Fenomena inilah menyebabkan musuh Islam semakin angkuh dan tidak gerun dengan kekuatan Islam. Apakah diri kita termasuk dalam >0.01 %? Tenunglah,fikirlah dan bertindaklah sebelum terlambat.
BANDARAYA KOTA KINABALU MAKIN BERKEMBANG February 16, 2010
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentKira-kira jan 2.00 pm tiba di KK dari Sandakan, Check in di Tang Dinasti Hotel berhampiran WISMA MUIS dan Masjid Negeri Cadang esok solat subuh di sana, insyaAllah. Terlupa bawa inhaler “ashma prevent”. Satu KK cari semua farmasi “closed” maklumlah cuti Kong xi fa cai. Di sini perayaan disambut dengan meriah, hampir seminggu kumpulan tarian singa menari di setiap tempat. Sukar bagi bayi hendak lelap. Apa boleh buat 1 Malaysia katakan. klinik juga banyak yang tutup, yang open tiada pula bekalan yang diperlukan. Harap-harap ashma yang kronik ku alami dapat bertahan sehingga farmasi dibuka esok atau ke unit emergency awal pagi esok. Semoga Allah swt memberi kekuatan kerana ku yakin segala-galanya dariNya. Besok ku bercadang ke JPN untuk update data peribadi yang sudah dua tahun outdated. Di antara tujuan ke KK ialah untuk bercuti dan merehatkan diri di samping menikmati pandangan tentang kebesaran Ilahi. Perjalanan merupa salah satu cara untuk muhasah diri, menguji kesabaran, menajamkan daya berfikir, melatih membuat keputusan yang cepat, tepat dan puas serta memperbaiki kelemahan pada perjalanan lalu. Yang paling utama yang seharusnya tidak dilepaskan ialah berdoa, kerana doa musafir di antara paling mustajab. Sekara 11.28 pm ashmaku masih bertahan. Makanan hari ini juga boleh menyumbang kepada keaktifan ashmaku. Lunch dan dinner with nasi lemak. Esok kami bercadang menjamu selera Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru di Suria KK yang baru dibuka. Tadi, kira-kira jam 4.00 pm, mek contact menyatakan nenekku(80 an) telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.00 am dan telah selamat dikebumikan di samping saudara kandung yang telah pergi lebih awal (di Perkuburan Bakat -Machang). Inalillah dan al fatihah. Semoga Allah menempatkan roh bersama orang soleh.
Sajak utuk mok
Mok
dikau insan malang yang tabah
menempuh derita sepanjang masa dengan tabah
keperitanmu mengiringimu sentiasa
cucumu berharap ianya sahammu di alam baqa
amin



