jump to navigation

Adab Dalam Meminang April 26, 2009

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Adab Dalam Meminang
Hadith :

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Nabi SAW bersabda:”Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.”

(Muslim)

Huraian
1. Khitbah” (Bahasa Arab) / “bertunang” (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj (Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu).
2. Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang untuk berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.
3. Hukum khitbah adalah “harus” tetapi mengikut Imam As-Syafie (sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah “al-istihbab / sunat”. Dan Dr. Abd. Karim Zaidan (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar’ah mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih aula utama dari hukum harus tadi.
4. Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang sedang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini adalah untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Sehari Sebuah Firman - Surah Al Baqarah

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

مْ كُنتُمْ شُهَدَاء إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُواْ نَعْبُدُ إِلَـهَكَ وَإِلَـهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَـهاً وَاحِداً وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ Dengar ayat ini

Ayat133. Adakah kamu hadir ketika Ya’qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”.

Sehari Sebuah Firman - Surah Al Baqarah April 25, 2009

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ Dengar ayat ini

Ayat 132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”.

Berzikir Dengan Suara Nyaring

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Sesungguhnya zikir dengan suara nyaring setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah s.a.w. Berkata Ibnu Abbas:”Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat jika suara mereka membaca zikir telah kedengaran.”

(Muslim)

Hari Nahar (10 Zulhijjah) April 24, 2009

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

Hadith :

Dari jabir r.a katanya:”Aku melihat nabi s.a.w melontar dari atas kenderaannya pada hari Nahar (hari menyembelih korban iaitu 10 Zulhijjah). Lalu baginda bersabda:” Hendaklah kamu sekelian pelajari dengan bersungguh-sungguh bagaimana caranya aku mengerjakan haji, kerana aku tidak tahu barangkali aku tidak akan sempat lagi mengerjakan haji sesudah hajiku ini.”

(Muslim)