Archive for February 12, 2009

Telinga Berair

Pengenalan
Tanda dan Gejala
Komplikasi
Rawatan
Pencegahan

Pengenalan

Telinga berair paling kerap berkaitan dengan jangkitan. Lelehan yang normal mungkin terdiri daripada tahi telinga atau air. Tahi telinga adalah berwarna perang muda, perang, perang tua atau jingga.

Sebab-sebab utama telinga berair ialah jangkitan dengan cecair keruh atau nanah melalui gegendang telinga yang pecah atau berlubang

Sebab-sebab utama telinga berair :

  1. “Swimmers ear” - biasa berlaku pada perenang-perenang dan menunjukkan gejala kegatalan, bersisik, kemerahan dan kelembapan saluran telinga.
  2. Jangkitan;
    • “otitis externa” (telinga luar dan cuping telinga)
    • “otitis media” (rongga telinga tengah)
    • “mastoiditis” (rongga-rongga mastoid)
  3. Kecederaan daripada hentakan pada kepala, objek asing, bunyi yang terlalu bising, atau perubahan tekanan yang mengejut (seperti di dalam kapalterbang), mengakibatkan gegendang telinga pecah atau berlubang.
  4. “Eczema” dan lain-lain radang kulit pada saluran telinga boleh menyebabkan pendarahan.
  5. Cholesteatoma
  6. Tumor (ketumbuhan).

Tanda dan Gejala

Sifat-sifat lelehan memberi petunjuk kepada punca-punca telinga terbabit. Biasanya pesakit mengadu kurang pendengaran dan kesakitan. Pesakit selalunya mengadu sakit sekiranya berlaku jangkitan pada telinga luar (cuping telinga dan saluran telinga).

Tanda-tanda

Sifat-sifat lelehan

Penyakit telinga

Berair

  • “Eczema”

Nanah

  • “Otitis Externa” akut

“Mucopus” / Darah

  • “Otitis media” supuratif akut
  • “Otitis media” supuratif kronik
  • Tumur

Berbau busuk

  • “Otitis media” supuratif kronik beserta
  • “Cholestetoma”

Pada penyakit “otits externa” akut ; saluran telinga tersumbat akibat daripada kebengkakkan. Manipulasi pada cuping telinga menyebabkan kesakitan dan kunyahan biasanya menyebabkan ketidakselesaan. Kesakitan itu biasanya berdenyut-denyut dan kekal sehingga jangkitan dapat dikawal.

Fungal infection

Gambar menunjukkan “otitis externa” akut dengan jangkitan kulat

Kedua-dua penyakit “otitis media” akut ( jangkitan kurang dari 4 minggu ) dan kronik ( jangkitan melebihi 12 minggu ) ialah penyakit lapisan mukosa telinga tengah dan biasanya berkaitan dengan gegendang telinga berlubang. Gegendang telinga biasanya sembuh dengan cepat pada jangkitan yang akut, tetapi jika jangkitan berterusan dan gegendang telinga tidak sembuh, lelehan telinga yang berterusan atau berulang-ulang mungkin berlaku. “Otitis media” kronik dengan “cholesteatoma” boleh menyebabkan komplikasi serius, menghakis struktur telinga tengah atau tulang. Kesakitan biasanya tidak kerap dan biasanya berkaitan dengan lelehan yang berbau busuk.

Chronic otitis media

Gambar menunjukkan “otitis media” kronik

Tumor yang melibatkan cuping telinga dan saluran telinga adalah jarang berlaku. Tumor yang melibatkan telinga tengah biasanya berkaitan dengan lelehan, kesakitan telinga yang berterusan dan kelumpuhan otot muka

Tumour

Gambar menunjukkan tumor pada saluran telinga;

Komplikasi

Komplikasi-komplikasi adalah biasa dilihat pada lelehan telinga kronik atau berkaitan dengan “cholesteatoma”. Contoh :

  • Otak bernanah (nanah terkumpul di pangkal tengkorak / otak).Menyebabkan sakit kepala, pening, kebingungan, tidak sedar diri atau kelumpuhan.
  • “Labyrinthitis” ( jangkitan pada organ keseimbangan & pendengaran ) menyebabkan loya, muntah, pening dan kepekakkan.
  • Kelumpuhan otot muka menyebabkan muka menjadi senget
  • Tulang Mastoid bernanah (nanah terkumpul di dalam rongga-rongga tulang mastoid) - kesakitan dan kebengkakan di belakang telinga

Rawatan

Rawatan awal telinga yang berair ialah pencucian.

  • Dalam keadaan “eczema” ; aplikasi setempat krim hydrocortisone 1% diperlukan
  • “Furunculosis” (nanah terkumpul setempat) di dalam saluran telinga memerlukan bius setempat dan penyaliran.
  • Dalam jangkitan akut, antibiotik dan ubat tahan sakit diperlukan
  • Dalam “otitis media” supuratif akut, kombinasi antibiotik setempat dan ubat titik mata steroid akan mengeringkan kebanyakan lelehan telinga.

Pembedahan disarankan :

  • lelehan telinga berulang
  • seorang perenang
  • untuk memperbaiki tahap pendengaran.

Penyakit “Otitis media” supuratif kronik, adalah merbahaya oleh itu pembedahan disarankan.

Perawatan penyakit dengan mengekalkan status pendengaran melibatkan pembedahan tulang mastoid dan telinga tengah (mastoidectomy).

Sesetengah tumor mungkin tidak boleh dirawat disebabkan metastasis sistemik (perebakan) atau tahap kesihatan yang teruk. Rawatan yang paling berkesan ialah pembedahan dan radioterapi selepas pembedahan.

Pencegahan

Pencegahan penyakit yang berulang adalah tidak mudah, pesakit dinasihati menjaga telinga supaya sentiasa kering;

  • Mandi : gunakan kapas yang disapu dengan Vaseline dan diletakkan di dalam telinga
  • Berenang - gunakan penutup telinga silikon

Bila Ajal Telah

Hadith :

Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Huraian
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.

Sehari Sebuah Firman – Surah Al Baqarah

قَالُواْ ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لّنَا مَا هِيَ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لاَّ فَارِضٌ وَلاَ بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَلِكَ فَافْعَلُواْ مَا تُؤْمَرونَ Dengar ayat ini

Ayat. 68. Mereka menjawab: ” Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia menerangkan kepada kami; sapi betina apakah itu.” Musa menjawab: “Sesungguhnya Allah berfirman bahwa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu”.

Bulan Safar Bawa Sial?


Hadith :

Daripada Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiada jangkitan, tiada sial, tiada jangkitan safar dan tiada jangkitan hammah (binatang berbisa yang membunuh) Seorang Arab Badwi berkata: “Apakah gerangan unta yang berada dalam pasir seakan-akan kijang betina lalu dicampuri oleh unta lain yang berkurap lalu menyebabkan ia berkurap? Rasulullah SAW bersabda : “ Siapakah yang menjangkitkan unta yang pertama?”

al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad

Huraian
Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam. Di dalam bulan ini masih ada sesetengah individu dalam masyarakat Islam yang melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang nyata bertentangan dengan syariat. Contohnya ialah upacara Mandi Safar yang pernah popular suatu ketika dahulu. Apabila tiba bulan Safar, mereka yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dan kepercayaan perbuatan tersebut boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Selain daripada itu kepercayaan orang-orang tua juga tidak menggalakkan majlis perkahwinan diadakan dalam bulan Safar ini kerana mereka percaya bahawa kedua-dua pengantin tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam dan sesiapa yang masih berpegang padanya akan rosak akidahnya. Sebenarnya nahas atau bala bencana tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut ini dilarang keras oleh Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 51 yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) :“Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah kepada kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sehari Sebuah Firman – Surah Al Baqarah

فَجَعَلْنَاهَا نَكَالاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهَا وَمَا خَلْفَهَا وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ

Ayat 66. Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang dimasa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Hidup dan Mati

Sorang YB telah kembali ke rahmatullah

Pilihanraya kecil akan diadakan

Seorang YB masih bernafas meletak jawatan

Pilihanraya kecil akan diadakan

Begitulah sebenar-benarnya

Allah SWT berkuasa mematikan dan menangguhkan nyawa seorang hambanya

Buat kita yang masih diberi hidup peluang bersedialah

tanpa sebarang penangguhan walaupaun 1/10000000000000…. saat

kerana kematian akan tiba apabila tiba saatnya

Ya Allah ampunilah daku, ibubapaku, anak dan isteriku, keluarga serta seluruh

muslimin dan muslimat

Amin.

Berwuduk

Berwuduk
Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya(yang sempurna)”.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Setiap perbuatan ibadah ada hikmahnya
2. Wuduk yang sempurna ialah yang sampai air ke seluruh anggota badan disertai niat berwuduk dan tidak melakukan pembaziran air.