Larangan Mempercayai Tukang Tilik November 23, 2008
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment| Hadith : |
|
Dari Aisyah r.a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:”Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”
(Muslim)
|
|
|
|||
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengajian Al Quran IV
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentTuan Guru Hj Yaakub Lubis
Bacaan tajwid pada kali ini dengan bacaan ayat suci al Quran, surah An Naml ayat 60 sehinga ayat 93 ialah akhir surah.
Di antara hukum tajwid yang ditekankan ialah
i. Mad Lazim Musaqah Kalimi - dipanjangkan 6 harakah
ii. Hukum ra’ (رَ )
Hukum membaca ra’ ada 3, iaitu:
A. Ra’ yang tebal
a. Ra’ yang berbaris atas atau hadapan.
b. Ra’ yangyang mati didahului baris atau atau hadapan.
c. Ra’ yang mati kerana waqaf didahului baris atas atau hadapan.
d. Ra’ yang yang mati didahului baris bawah yang bukanasal.
e. Ra’ yang mati didahului baris bawah yang asal, dan sesudahnya terdapat huruf Isti’ila
f. Ra’ yang mati kerana waqaf didahului huruf huruf mati selain ya’ mad atau lin.
Rezeki Pagi November 22, 2008
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentPagi solat Subuh di Masjid Baru Taman Indah. Pertama kali berubah angin sejak Ramadhan lepas. Rezekinya kerana berjumpa dengan kawan lama Encik Sahar Sakar. Beliau seorang kontaktor yang mempunyai syarikat perkapalan di Kota Kinabalu dan orang yang agak berpengaruh dalam parti UMNO Sandakan sera pusat dan khabarnya memenangi undi tertinggi sebagai AJK Bahagian Lebaran setelah menarik diri dari pertandingan Naib Ketua Bahagian atas nasihat Ketua Bahagian yang juga Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman). Beliau pernah menjawat Ketua Pemuda UMNO Lebaran dan Exco pemuda UMNO Malaysia beberapa ketika dahulu. Kami berpelukan kerana lama tidak bertemu setelah beliau meletak jawatan sebagai Pegawai Pelajaran untuk berkecimpung sepenuh masa dalam politik. Kami pernah tinggal sebilik dan beliau sering membonceng motosikal saya HONDA CG125 untuk ke bandar Sandakan lebih 20 tahun dahulu. Pada masa itu kenderaan amat terhad. Kami menaiki motosikal sejauh 50 km melalui jalan gravel. Beliau sering membawa ke rumah keluarga dan ibunya menganggap kami sebagai anak angkatnya. Ibunya seorang yang pandai berubat terutama angin pasang(’buruk’ dalam bahasa orang Sabah) bagi kanak-kanak.Alhamdulillah sembuh walaupun sebelum ini doktor ingin membedahnya. Anak lelaki saya sekarang sihat walafiat. Cara berubatnya mengunakan buah manjakani dan waktu berubatnya ialah sebelum matahari naik dan sebelum matahari jatuh(turun) sebanyak tiga kali. Mesti tepat waktunya. Perkara yang pelik sedikit ialah semasa ‘melepas’ iaitu setelah penyakit itu hilang. Pesakit akan dimandikan di atas seekor ayam putih. Mungkin penyakit itu dipindahkan kepada ayam tersebut wallahu a’allam. Saya diajak bersama Pengerusi dan AJK masjid(DAPAT BERKENALAN DENGAN ORANG KUAT MASJID PULA TU) bersarapan di Restoran Habeeb Bt 4. Apa lagi kami perkenakan “tea madras’ berserta menu mee dan mihun serta telur rebus. Alhamdulillah rezeki pagi. Rezeki yang tidak disangka-sangka sebagai janji Allah kepada hambaNya.ALHAMDULILLAH.
Sehari Sebuah Firman - Surah Al Baqarah
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
Ayat 46. (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.
Mencapai Darjat Kesempurnaan
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment| Hadith : |
|
Dari Nu’aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah”
(Muslim)
|
|
|
|||
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malays
Perkara ini sentiasa ditekan oleh guruku Tuan Hj Yaakub Lubis dalam kuliah ilmunya.



