jump to navigation

PULANG KAMPUNG November 24, 2008

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

Bertolak dari Airport Sandakan j0850 dan dijangka tiba di Kota Bhari j1700. Mudahan selamat.

Sehari sebuah Firman - Surah Al Baqarah

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

وَاتَّقُواْ يَوْماً لاَّ تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئاً وَلاَ يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلاَ يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلاَ هُمْ يُنصَرُونَ Dengar ayat ini

Ayat 48. Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa’at [46] dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan ditolong. [46] Syafa’at: usaha perantaraan dalam memberikan sesuatu manfa’at bagi orang lain atau mengelakkan sesuatu mudharat bagi orang lain. Syafa’at yang tidak diterima di sisi Allah adalah syafa’at bagi orang-orang kafir.

Memanfaatkan Harta Sebaik-baiknya

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Hadith :

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya.”

(Muslim)

Huraian
1. Harta sebagai salah satu amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat manusia haruslah disyukuri dengan cara membelanjakannya di jalan yang diperintah oleh agama. Itulah bekalan amalan yang akan dibawa di akhirat kelak.
2. Keserakahan akibat daripada terlalu cinta terhadap harta akan menjadikan seseorang itu mendapat kemurkaan daripada Allah sebagaimana yang telah berlaku terhadap Qarun yang ditelan bumi bersama-sama dengan harta-harta yang dimilikinya.
3. Bagi mengekalkan keselesaan dan kebahagiaan di dunia, Islam menolak beberapa tabiat buruk yang boleh mengancam kesejahteraan hidup dan menukarnya dengan sekelip mata daripada senang kepada susah, daripada hidup mewah kepada menderita dan papa kedana iaitu sikap suka berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
4. Pembaziran harta juga disebut sebagai memusnahkan harta benda sama ada secara disedari atau tidak seperti mengabaikan ternakan dan tanaman, tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh dimakan, membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur, tidak menyelanggarakan rumah kediaman, kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak dan sebagainya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pengajian Al Quran IV November 23, 2008

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

Tuan Guru Hj Yaakub Lubis

Bacaan tajwid pada kali ini dengan bacaan ayat suci al Quran, surah An Naml ayat 60 sehinga ayat 93 ialah akhir surah.

Di antara hukum tajwid yang ditekankan ialah

i. Mad Lazim Musaqah Kalimi - dipanjangkan 6 harakah(دَابَّةً)

ii. Hukum ra’ (رَ )

Hukum membaca ra’ ada 3, iaitu:

A. Ra’ yang tebal

a. Ra’ yang berbaris atas atau hadapan.

b. Ra’ yangyang mati didahului baris atau atau hadapan.

c. Ra’ yang mati kerana waqaf didahului baris atas atau hadapan.

d. Ra’ yang yang mati didahului baris bawah yang bukanasal.

e. Ra’ yang mati didahului baris bawah yang asal, dan sesudahnya terdapat huruf Isti’ila

f. Ra’ yang mati kerana waqaf didahului huruf huruf mati selain ya’ mad atau lin.

B. Ra’ yang nipis

a. Ra’ yang berbaris bawah.

b. Ra’ yang mati didahului baris bawah yang asal dan tidak ada sesudahnya huruf Isti’ila’.

c. Ra’ yang mati kerana wakaf didahului ya’ mad atau lin.

d. Ra’ yang mati kerana wakaf didahului dengan baris bawah.

e. Ra’ yang mati kerana wakaf didahului huruf yang mati serta huruf sebelumnya berbaris bawah.

C. Ra’ yang boleh tebal atau nipis.

a. Ra’ yang mati didahului baris bawah yang asal dan sesudahnya terdapat huruf Isti’ila’ yang berbaris bawah.

b. Ra’ yang mati kerana wakaf, didahului huruf Isti’ila’ yang mati dan huruf sebelumnya berbaris bawah.

Pengajian diteruskan dengan tafsir beberapa ayat di antaranya pengertian :

1. (دَابَّةً)

Yang bermaksud sejenis haiwan yang boleh bercakap, ianya akan muncul apabila dunia hampir kiamat.

TAUHID

Sifat Rububyiah diterangkan secara mendalam yang membawa maksud Allahlah yang memberi segala-galanya.

Penekanan sifat rububiyah dalam solat ialah solat bermaksud seseorang hamba berdialog dengan RABBUJALIL. Atau paling tidak merasakan Allah nampa setiap gerakan kita (perkataan[qauli],perbuatan[*fe'eli],dalam hati[qalbi] kita[niat dan kekusyukannya]). Menurut riwayat bahawa Saidina Ali R.a bergegas apabila solat kerana dia merasai bahawa sedang berdepan dan berdialog dengan Allah SWT.

Dijelaskan juga tentang perkara yang membatalkan aqidah iaitu:

1. Syirik

2.Kufur

Kurafat

4.Murtad

*Tidak dibuat tidak sah dan sekiranya berlebihan batal solat.

FEKAH

Solat pada bahasanya doa dan pada syara’nya ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

PEPATAH ARAB UNTUK ORANG MENGERJAKAN SOLAT BERDASARKAN FIKIRAN SENDIRI DAN MELAKSANAKAN LAIN DARI YANG LAIN [Menganjil diri untuk terkenal].

Tips untuk mendapatkan anak yang soleh:-

Ketika mengandung- 3 bulan pertama amalkan bacaan surah Luqman[supaya taat kepada perintah Allah], 3 bulan pertengahan amalkan bacaan surah Yusuf[kesempurnaan] dan pada 3 bulan terakhir amalkan bacaan surah Maryam[supaya mudah bersalin].

Catatan; Pengajian ditanggung sehingga awal Janauari 2009 [BERCUTI].

SEMOGA GANJARAN YANG TIDAK TERHINGGA OLEH ALLAH SWT KEPADA GURUKU. Amin

Sehari Sebuah Firman - Surah Al Baqarah

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُواْ نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ Dengar ayat ini

Ayat 47. Hai Bani Israil, ingatlah akan ni’mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat [45]. [45] Bani Israil yang telah diberi rahmat oleh Allah dan dilebihkannya dari segala ummat ialah nenek moyang mereka yang berada di masa Nabi Musa a.s.