jump to navigation

Majikan Yang baik October 29, 2008

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Hadith :

“Daripada Anas r.a. katanya, aku tidak pernah menyentuh sutera tebal atau nipis yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak pernah mencium bau-bauan yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya aku telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepada aku perkataan ah dan tidak pula pernah menyoal sesuatu yang telah aku lakukan dengan mengatakan-“Mengapa engkau lakukan demikian?” dan semasa aku tidak melakukan sesuatu tidak pula baginda menyatakan, “Alangkah baiknya jika engkau tidak berbuat demikian.”

Riwayat Al- Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling baik dan sempurna akhlaknya, meliputi cara bergaul, bertutur dan bertindak.
2. Seseorang majikan yang baik ialah orang yang boleh menunjukkan contoh tauladan kepada pekerjanya sehingga pekerja merasa selesa untuk bekerja dan berkhidmat dengan sempurna kepada majikan.
3. Seorang majikan hendaklah pandai mengambil hati pekerjanya. Tegur dan nasihatlah dengan cara yang baik dan penuh hikmah supaya tidak menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja sehingga menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan, mogok dan sebagainya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sehari Sebuah Firman - Surah Al Baqarah October 28, 2008

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ayat 21. Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,

Kewajipan Membayar Mas Kahwin

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.”

Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim

Huraian
1. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
2. Mas kahwin merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya setelah berlaku akad nikah di mana nilai mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri.
3. Rasulullah pernah bersabda bahawa salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sehari Sebuah Firman - Surah Al Baqarah October 27, 2008

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاء لَهُم مَّشَوْاْ فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُواْ وَلَوْ شَاء اللّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّه عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

ayat 20. Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Nilai Sedekah Di Sisi Allah

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu.”

(Muslim)

Huraian
-

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia