jump to navigation

Sehari Sebelum Syawal -Apa ya yang dibuat????? September 30, 2008

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

Pagi-pagi pulang dari Suaru Assyakirin Taman Tinosan, Batu 4, Sandakan. Kerja rumah persiapan menyambut 1 syawal sedang menunggu. Ummi dan Izzi stanby denga peralatan seperti “stand Fan”, buku-buku yang berselerak, menyisih surat-surat atau kertas (bil dan sebagainya) sama ada perlu di simpan atau dibuang. Terus ke belakang rumah dengan hos untuk menyembur longkang yang sudah

tidak dicuci, lepastu ummi vacum ruang tamu atas dan menyembur air di ruang tamu bawah setta bahagian wet kitchen. Langsir sudah dicuci kelmarin dulu serta cermin tingkat sudah dikilatkan dengan kertas surat khabar (petua mengilap cermin- basahkan dulu kemudian lap dengan kertas surat khabar sehingga berkilat). Rumput di halaman depan dan belakang sudah beres beberapa hari lepas setelah berperang denga penyengat_panggilan orang Sabah (cucu cicit tebuan).

Lepas mungkin ke bandar untuk melengkapkan keperluan bersesuaian dengan persiapan menyambut 1 syawal. Rasanya begitulah menu harian sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia am dan Malaysia khas terutamanya di negara mempunyai keamanan. Kesyukuran yang tidak terhingga hendaklah dipanjat kepada Yang Maha Kuasa di atas nikmatnya. Semoga keamanan yang dianugerahi ini bukan suatu bala yang melalaikan ummahnya.

Harus dingat bahawa sambutan 1 sayawal merupakan keraian di atas kejayaan membendung hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa. Janganlah 1 syawal dijadikan sebagai penghilang kepada amal yang kita kerjakan sepanjang bulan ramadhan……. bersambung

Sehari Sebuah Firman - Surah Al Mulk

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْراً فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاء مَّعِينٍ Dengar ayat ini

Ayat 30. Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?”.

Hiasilah Hari Raya Dengan Takbir

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”

(at-Tabrani)

Huraian
1. Umat Islam digalakkan menyambut hari raya sama ada hari raya Aidil Fitri mahupun Aidil Adha dengan bertakbir beramai-ramai, di masjid-masjid atau di surau-surau bagi menandakan kesyukuran kepada Allah SWT setelah berjaya berpuasa selama sebulan.
2. Di hari yang mulia ini juga umat Islam hendaklah bermaaf -maafan antara satu sama lain dan kunjung mengunjung bagi perapatkan hubungan silatul rahim sesama Islam.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sehari Senuah Firman - Surah Al Mulk September 29, 2008

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment

قُلْ هُوَ الرَّحْمَنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Ayat 29. Katakanlah: “Dia-lah Allah Yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah kami bertawakkal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

Bertaqwalah kepada allah s.w.t.

Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment
Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.
Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.

Riwayat Muslim

Huraian
1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah S.W.T. Pertama: Bertaqwa
Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
Ketiga : Tidak menonjolkan diri
2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.
3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia