Archive for August 25, 2008

Sehari Sebuah Firman – Surah Al Hasyr

فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاء الظَّالِمِينَ   

Ayat 17. Maka adalah kesudahan keduanya, bahwa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim.

Teksi lagi

Memanglah jika orang kampung bertandang ke KL inilah yang paling menghantui kami. Apa lagi jika orang Sabah dengan “ba”(bah?) lagi dikerjakan lebih teruk oleh pemandu teksi yang tamak. Walaubagaimana pun masih ada insan pemandu teksi yang berhati mulia. Walau terpaksa berhadapaan dengan ugutan dan pemulauan sebahagian pemandu teksi yang tamak tetapi masih mencari rezeki yang halal dan mematuhi segara peraturan yang ditetap dan yakin dengan rezekiNya. Sebagai penumpang marilah kita mendoakan insan yang ikhlas ini terus dimurahkan rezeki dan tetap istiqamah dalam hidupnya. Kepada pemandu teksi yang tamak, cari habuan sebanyak mungkin namun anda tidak akan menikmati rasa kecukupan. Wallah hu a’llam.

Tahniah Buat Ummi

Tadi tepat j1551 ummi telah menerima scroll bagi Ijazah BETESL dari Pro Chanselor OUM Tan Sri Dato’ Azman Hashim. Nampak keceriaandi wajah ummi hasil usaha gigihnya. Begitu banyak cabaran dan dugaan yang ummi alami dari permulaan hari pendaftaran sehinggalah berada di pentas Dewan Merdeka PWTC yang indah permai. Dugaan semasa melaporkan diri dalam situasi adik(Sayaaaaaang adik…) dalam keadaan yang membimbangkan di Queen Elezabeth Hospital KK. Pertolongan En Pidu Adam yang bersusah payah memaklumkan situasi ummi. Sehingga pemergian yang memilukan adik yang amat kami sayangi. Adik moga dikau sejahtera. Ayah, Ummi dan abang izzi pasti ke sana bersamamu dan kakah Zaidatul Ezdiani serta abangmu Mohd Amin. Keperitan dan rintang telah berjaya ummi harungi dengan suami yang kadang-kadang menyusahkan ummi. Semasa ayah menghabiskan pengajian dulu, ummi begitu tabah memberi sokongan tanpa jemu-jemu, Thanks UMMI dan Tahniah Ummi. Dari sekumit cita-cita akhir ketentuan Illahi kita mengapai juga menara gading. Alhamdulillah. Kepada izzi teruskan usahamu untuk menjadi hamba Allah yang berjasa kepada isi dunia dan mendapat keredaan di tempat abadi nanti. Tiada kejayaan tanpa kesukaran. Kesukaran merupakan hempedu yang akan bertukar menjadi manisan di penghujungnya. Sandakan semakin menggamit. Tahniah UMMI.

Sehari Sebuah Firman – Surah Al Hasyr

كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ   Dengar ayat ini

Ayat 16. (Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “Kafirlah kamu”, maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam”.

Menjaga Keutuhan Ummah

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.” 

Riwayat Muslim

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 

 

 

Huraian
1. Umat Islam hendaklah hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.
2. Sifat benci-membenci dan hasad dengki mesti dihapuskan kerana ia akan membawa kepada perpecahan dan kemunduran sebaliknya kita mestilah saling bantu membantu, mengambil berat dan berkerjasama demi meningkatkan pembangunan ummah.
3. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah S.W.T.

 

Teksi KL – Janganlah Tamak

J2100 cuba dapatkan teksi dari Shopping Complex “PAVILION” ke hotel penginapan (P%N%N%), pemandu minta RM20.00(enggan gunakan meter) padahal tambang sepatutnya lebih kurang RM5.00 sahaja. Memang sikap tamak sesetengah pemandu teksi tidak pernah berubah. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa (khususnya JPJ) sejak awal 90-an lagi tetapi sikap ini masih berterusan. Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah kesedaran beragama. Kejahilanlah yang menyebabkan sesetengah pemandu teksi menjadi tamak. Mereka merasa dengan pendapatan yang banyak akan memberi kecukupan dan kesenangan. Padahal bagi yang bertunjangkan agama, perkara yang perlu diberi perhatian ialah keberkatan daripada hasil pendapatan. Keberkatan datang dari rezeki yang halal. Kepuasan penumpang akan memberi restu dan doa kepada pemandu teksi. InsyaAllah dengan doa dan restu para penupang, insan pemandu teksi akan mendapat keberkatan dan kecukupan. Apabila ada keberkatan perjalanan hidup insan tersebut akan tenang dan sejahtera. Pendapatan yang lumayan tetapi dengan cemuhan dan tanpa restu sudah pasti insan yang tamak ini sentiasa merasa kesempitan dan ketidakcukupan. Insaflah walau saudaraku, cari rezeki yang halal sebanyak mana yang kamu inginkan dan berpeganglah kepada agama semoga kehidupanmu dan keluarga diberi keberkatan. Muhasabah dirimu apakah jiwamu menjadi tenang dengan kesempitan orang lain.

Malaysiaku- Apa nak jadi

Segolongan ingin memertabatkan agama, bangsa dan negara berlandaskan idealogi nasionalisme. segolongannya dengan pendekatan Islam Syumur, segolongan lagi dengan nasionalisme pragmatisme, segolongan lagi dengan pragmatisme chauvanismenya dan beberapa golongan dengan pelbagai ideologi, naturalisme, liberalisme dan lainnya. Biarlah dengan kepelbagaiannya namun yang benar hanya satu. Kalau yang muslim selagi ianya selari dengan ajaran junjungan besar nabi Muhammad s.aw iaitu berpaksikan alQuran dan hadis itulah yang sebenarnya. Matlamat umatnya adalah hidup bahagia di dunia dan menikmati Jannah yang kekal abadi di akhirat nanti. Oleh kerana realiti realismenya bahawa setiap insan akan mati apabila tiba saat dan waktunya. Dosa yang terlepas di dunia sudah pasti Hakim yang MAHA BIJAKSANA sudang menunggu dengan selengkap bukti melampaui DNA dan CCTV.

Sejak akhir-akhir ini wujud dua kumpulan manusia dengan kepentingan masing-masing. Nawaitunya hanya Allah swt sahaja yang MAHA MENGENTAHUINYA. Sekumpulan menuduh dan sekumpulan menafikan, sekumpulan bersumpah (akuan bersumpah dan sumpah lakna), sekumpulan menyerahkan kepada mahkamah (sivil atau syariah). Situasi ini amat membingungkan bagi rakyat marhien biasa. Apakan tidak, setiap kumpulan bangkit dengan hujah dan bukti (realisme atau skeptikal). Ahli psikologi cuba mentafsirkan teori helah bela diri dan teori behaviorismenya. Apakah kumpulan ini mempertahankan kebenaran dan sekumpulan lagi menagih ganjaran. Apakah teori ini boleh diguna pakai dengan andaian ianya sedang digunakan oleh kumpulan tertentu. Bagi penganut teori behaviorisme mencari bukti bahawa sekumpulan manusia sedang menagih sesuatu berdasarkan nilai materialisme dewasa ini. Malaysiaku bukalah mindamu untuk ini.