Sehari Sebuah Firman-سُوۡرَةُ الرَّحمٰن April 28, 2008
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentتَبَـٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِى ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ .٧٨
Maksudnya:
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. / (78)
Luasnya Kerajaan ALLAH April 27, 2008
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentLuasnya Kerajaan ALLAH

RAKAMAN UNIK PERTEMBUNGAN DUA GALAKSI: (..) menunjukkan kejadian menakjubkan apabila pertembungan antara dua galaksi dikenali Arp 148, yang menyebabkan wujudnya galaksi berbentuk cincin berserta ekor panjang akibat perlanggaran itu. Rakaman unik Arp 148, yang turut digelar �objek Mayall� terletak di buruj Ursa Major pada kedudukan kira-kira 500 juta tahun cahaya dari bumi. Ia adalah sebahagian daripada koleksi besar 59 imej cantuman galaksi diambil oleh Teleskop Angkasa Lepas Hubble Amerika Syarikat disiarkan sempena ulang tahun ke-18 peralatan itu.
[terletak di buruj Ursa Major pada kedudukan kira-kira 500 juta tahun cahaya dari bumi] luasnya kerajaan Allah…tak terjangkau oleh akal fikiran…
Baca 2 buku setahun, macam 1996 ???
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment| Apr 26, 08 10:47pm |
| Orang Malaysia tidak suka membaca buku, masih lagi purata dua buku setahun seperti tinjauan pada 1996, kata ketua setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Muzahet Masruri.
Beliau berkata Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada 2005 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PMN) menunjukkan amalan membaca negara ini berada pada peratusan yang tidak berbeza lebih sedekad lalu, lapor Bernama. Tambahnya, kekurangan minat ini menuntut usaha berganda menerusi kerjasama semua pihak termasuk sekolah, agensi kerajaan, persatuan industri buku dan badan bukan kerajaan (NGO). “Kementerian menerusi PNM telah mengorak langkah tanpa jemu menganjurkan program menyemai dan memupuk minat membaca dengan memberi fokus kepada murid-murid pra sekolah,” beliau dilaporkan berkata semasa berucap merasmikan program “Lets Read Together” di perpustakaan itu, hari ini. |
Sehari Sebuah Firman-سُوۡرَةُ الرَّحمٰن
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a commentفَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ .٧٧
Maksudnya: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77)
Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim April 26, 2008
Posted by CikguMat in : Knowledge , add a comment| Hadith : |
|
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim) |
|
|
|||
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



